Skuad paling bernilai, England diramal kalahkan 4 pasukan pilihan termasuk Brazil


  • Podium
  • Selasa, 22 Nov 2022

Bellingham meraikan gol pertama untuk England pada perlawanan pertama menentang Iran. — Agensi

SATU kajian mendapati, skuad England yang sedang memburu kejuaraan Piala Dunia kedua mereka memiliki skuad paling berharga di Qatar dengan Jude Bellingham mendahului senarai lebih 800 pemain.

Berikut adalah perbandingan antara pasukan-pasukan utama pada kejohanan itu:

Nilai Perpindahan

Menurut kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik Switzerland CIES Football Observatory, England yang mempunyai seramai 26 pemain itu bernilai di bawah RM7 bilion (1.5 bilion euro) dalam nilai perpindahan, dengan Bellingham berusia 19 tahun bernilai RM9.4 juta (202 juta euro).

Pemain Borussia Dortmund itu meningkatkan reputasinya sebagai salah seorang pemain muda terbaik dunia dengan menjaringkan gol ketika England menang 6-2 ke atas Iran pada perlawanan pembukaan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar.

Brazil berada di tempat kedua dalam senarai dengan nilai perpindahan sebanyak RM6.8 bilion (1.45 bilion euro).

Selain itu, penyerang Real Madrid, Vinicius Jr. adalah pemain paling berharga pasukan Brazil pada RM9.3 juta (200 juta euro).

Perancis berada di tempat ketiga dengan anggaran nilai perpindahan RM6.2 bilion (1.34 bilion) untuk skuad mereka.

Penyerang Paris St Germain, Kylian Mbappe adalah pemain terbaik pasukan dengan nilai RM8.6 juta (185 juta euro).

Selepas tiga pasukan teratas itu, senarai tersebut diikuti Sepanyol yang dianggarkan bernilai RM5.6 bilion (1.2 billion euro), Portugal RM5.2 bilion (1.15 bilion euro) dan Jerman RM4.6 bilion (1.02 bilion euro).

Dalam mengenal pasti nilai pasukan itu, kajian berpandukan statistik yang diaplikasikan menggunakan teknik penaklukan data dengan menjadikan yuran perpindahan pemain sebagai pembolehubah bebas.

Sampel tersebut terdiri daripada lebih 2,000 transaksi pemain yang dipindahkan daripada kelab lima liga utama Eropah, dalam tempoh Julai, 2012 hingga November, 2021.

Nilai keseluruhan semua skuad di Piala Dunia diletakkan pada 15 bilion euro.

Nilai yang boleh diinsuranskan

Berdasarkan analisis daripada pusat berpangkalan di Eropah, Lloyd's of London, sesebuah pasukan disusun berdasarkan nilai seseorang pemain dengan melihat kepada sesuatu yang boleh diinsurankan.

Skuad England mendahului senarai dengan anggaran nilai boleh insurans RM17.2 bilion (3.17 bilion pound) ($3.74 bilion).

Mereka mengenepikan Perancis RM14.4 bilion (2.66 bilion pound) dan Brazil RM13.9 bilion (2.56 bilion pound) untuk menduduki tempat teratas.

Lloyd's berkata, penilaian nilai boleh insurans terdiri daripada pelbagai metrik seperti gaji, penajaan, umur dan kedudukan di lapangan.

Dengan menggunakan kaedah ini dalam kejohanan Piala Dunia, Lloyd meramalkan bahawa England yang kali terakhir menjadi juara pada 1966 akan menamatkan saingan Kumpulan B di Qatar dan melakar kemenangan kalah mati ke atas Senegal, Perancis, Sepanyol dan Brazil.

Bellingham dinilai sebagai pemain paling boleh diinsuranskan, diikuti oleh Mbappe dan Vinicius Jr. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram