
SELEPAS timbul pelbagai khabar angin di media sosial, Perak FC akhirnya merasmikan berita kemasukan penjaga gol Harimau Melaka, Bryan See ke dalam skuad terbaharu menjelang saingan domestik musim depan.
Bryan yang sebelum ini beraksi dengan cemerlang bersama skuad Hang Tuah sepanjang musim sememangnya menjadi sasaran beberapa pasukan walaupun dibolosi sebanyak 23 kali dalam 11 perlawanan.
Kehadirannya itu boleh dikatakan ibarat sirih pulang ke gagang apabila dia pernah berkhidmat sebagai penjaga gol Bawah 21 (B-21) skuad The Bos Gaurus (TBG) dan Perak II sebelum ini.
Kehadirannya itu pasti menggembirakan penyokong Perak FC apabila pihak pengurusan kelihatan serius dalam menambah baik kualiti skuad seimbang termasuk di posisi pertahanan mahupun jentera serangan.
TBG sebelum ini mengumumkan kehadiran dua bintang muda, Harith Naem dari skuad Harimau Melaka sementara Ilham Aqil dibawa masuk dari pasukan Liga Perdana, Projek FAM-MSN. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram