Perak FC makin agresif, pemain muda kelab Lembah Klang jadi sasaran terbaharu


  • Podium
  • Khamis, 03 Nov 2022

Desas-desus mengatakan Oswyn bakal menyertai Perak FC. — Instagram/Oswyn

PERAK FC semakin agresif dalam melengkapkan pemain-pemain baru selepas diambil alih pengurusan XOX Berhad menerusi anak syarikatnya XOX Pro Sport Sdn. Bhd.

Umum mengetahui bahawa selepas mengikat jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim, bukan lagi rahsia bahawa Perak FC mahu memberi lebih tumpuan kepada pemain muda tempatan berbanding import dalam kancah Liga Malaysia musim hadapan.

Sebelum ini, Perak FC sudah mengumumkan kehadiran dua pemain muda berbakat, Harith Naem dan Ilham Aqil selepas masing-masing dibawa masuk dari Melaka United dan Projek FAM-MSN.

Pasukan itu juga dikaitkan dengan perpindahan pemain muda dengan Luqman Hakim yang dilaporkan sedia memilih The Bos Gaurus (TBG) sebagai destinasinya musim depan.

Bagaimanapun, dengan jendela perpindahan masih belum dibuka, perkara itu kekal sebagai khabar angin walaupun sering menjadi bualan di media sosial.

photo_6278215982082273386_y

Antara pemain muda yang berada dalam radar Perak FC. — Facebook

Jika sebelum ini nama Amirul Akmal, Felix Adriano dan Farris Izdiham dikaitkan dengan Perak FC, terbaharu Oswyn Lim turut dikatakan berada dalam radar skuad The Bos Gaurus itu.

Baru sahaja berusia 19 tahun, Oswyn kini bermain di posisi tengah untuk pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City FC).

Dia juga yang bermain untuk skuad Harimau Muda bawah 19 Tahun (B19) merupakan pemain pertahanan untuk pasukan tersebut.

Khabar angin perpindahan Oswyn ke skuad Seladang dihebohkan Malayantigerfans, sekali gus mendapat reaksi yang positif daripada penyokong Perak FC.

Safri Safrina berkata walaupun Oswyn nampak gugup ketika perlawanan persahabatan bersama Perak FC tetapi dia sudah menunjukkan prestasi yang baik.

"Dia dah join training and friendly hari itu. Dari sizing memang okay untuk defend," tulisnya.

Sementara itu Zulkifli Muhammad pula berkata, pemain muda tersebut perlulah diberi peluang kerana dilihat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kemahiran.

"Waktu lawan Kelantan United nampak peningkatan, rasanya boleh bagi peluang. Main untuk Malaysia B19 ni mesti ada kelebihan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram