Kedah buru import dari Tajikistan, Vietnam


  • Podium
  • Isnin, 24 Okt 2022

Nguyen Tien Linh (Vietnam), Amirbek Dzhuraboev (Tajikistan) dan Bui Hoang Viet Anh (Vietnam) antara nama yang disebut untuk bermain dengan KDA FC.

PERUBAHAN format dan struktur liga daripada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membolehkan sebanyak 18 pasukan berbanding 12 ketika ini bersaing di liga teratas domestik.

Selain itu, rombakan itu menyaksikan beberapa perubahan lain, termasuk penambahan kuota import dengan sembilan pemain dibenarkan berada dalam skuad.

Perkara itu pastinya mendatangkan kegembiraan kepada pihak pengurusan pasukan apabila mereka berpeluang menambah baik kualiti skuad dengan wajah-wajah baharu ketika jendela perpindahan kelak.

Meskipun terdapat lambakan pemain bagus yang dilahirkan negara, penyokong tidak boleh menafikan jurang kemampuan dan sumbangan tonggak import dalam setiap pasukan.

Namun, perkara itu bukanlah mudah untuk direalisasikan dengan pelbagai sumber melaporkan permintaan gaji mereka adalah terlalu tinggi sehingga mampu menjerat struktur kewangan kelab.

tienlinh_zing

Nguyen Tien Linh

Perkara itu sudah dirasakan beberapa pasukan Liga Malaysia seperti Melaka United dan Sarawak United musim ini yang bergelut untuk membayar gaji pemain dan staf kejurulatihan.

Tetapi, ada juga dalam kalangan kelab tempatan yang berjaya menarik pelaburan baharu dengan ia pastinya membawa kelebihan bagi mereka mendapatkan pemain import cemerlang.

Antara pasukan yang difahamkan mempunyai pelaburan dan situasi kewangan kukuh ketika ini ialah Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas usahawan tempatan, Tan Sri Mohd Daud Bakar diumumkan sebagai pemilik baharu.

Selepas satu musim yang mengecewakan, pelaburan baharu pastinya dijangka penyokong setia skuad Sang Kenari bagi membolehkan pasukan itu bersaing dengan lebih baik.

Meskipun masih berbaki tiga bulan sebelum sepak mula Liga Super musim 2023 belum dibunyikan, Kedah nampaknya lebih bersedia awal untuk memperkemaskan pasukannya selepas mengharungi musim yang hampar pada 2022.

Difahamkan, Kedah hampir pasti mendapatkan tandatangan pemain dari Timur Tengah iaitu pemain kebangsaan Tajikistan untuk menyarung jersi Hijau Kuning pada musim depan.

2

Nguyen Thanh Chung

Selain itu, Sang Kenari juga dikhabarkan giat memburu pemain bek tengah dan penyerang dari negara yang sedang meningkat naik, Vietnam.

Bagaimanapun, identiti kesemua daripada mereka masih tidak dipastikan, sekali gus mencetuskan lebih banyak tanda tanya dan keghairahan daripada peminat setia mereka untuk mengorek siapakah wajah baharu yang akan beraksi buat Kedah pada musim depan.

Difahamkan juga, import Tajikistan yang mahu disambar Kedah baru-baru ini beraksi di posisi tengah ketika skuad Harimau Malaya bertemu pasukan itu dalam kejohanan King's Cup September lalu.

Berkemungkinan, pemain yang dimaksudkan adalah Amirbek Dzhuraboev yang dilihat mampu mengimbangi posisi tengah Kedah yang kini banyak diletakkan di atas bahu Sanrawat Dechmitr dan Dechi Marcel N'Guessan.

312061659_529572925670729_6562465011789410433_n

Wajah baharu pemain import bakal menggegarkan KDA FC sekali gus memberikan cabaran kepada pasukan lain.

Sekiranya Dhzuraboev berjaya dibawa masuk, perkara itu pastinya memberi dimensi baharu buat pasukan yang membolehkan barisan kejurulatihan melakukan penggiliran dalam setiap perlawanan.

Selain itu, Dzhuraboev sememangnya tidak asing dengan landskap bola sepak Asia Tenggara selepas menghabiskan musim ini bersama pasukan Filipina, United City FC.

Usianya yang baru sahaja mencecah 26 tahun juga dilihat sesuai dengan pasukan, lebih-lebih lagi dengan posisinya sebagai pemain tengah memerlukan tahap kecergasan terbaik.

Jadi, Dzhuraboev mampu menjadi salah seorang pamin yang sesuai dengan percaturan KDA FC selain boleh dibawa masuk melihat kepada ciri-ciri dibincangkan.

Antara pemain kebangsaan Vietnam yang bermain untuk posisi bek tengah yang berpontensi untuk disambar Kedah pada musim depan berkemungkinan Do Duy Manh dan Nguyen Thanh Chung.

Do Duy Manh kini beraksi untuk kelab Vietnam, Hanoi T&T FC dan mempunyai 855 minit permainan sepanjang musim ini.

Dengan kelebihan ketinggian 180 sentimeter dan berupaya juga bermain di posisi tengah pertahanan, Duy Manh mungkin menjadi pelaburan berbaloi buat Kedah jika perpindahan ini direalisasikan.

Selain itu, Thanh Chung juga berpotensi menjadi sasaran Kedah disebabkan dua faktor iaitu usia yang masih muda, 25 tahun dan saiz fizikalnya yang berketinggian 1.82 meter.

FC Istiklol (TJK) vs Persepolis FC (IRN) during their AFC Champions League 2021 Round of 16 match at Republican Central Stadium on September 14, 2021 in Dushanbe, Tajikistan. Photo by Abolfazl Amanollah / Power Sport Images for The AFC

Amirbek Dzhuraboev

Thanh Chung lebih kerap beraksi bersama Hanoi T&T FC berbanding Duy Manh dengan 1,485 minit permainan pada musim ini selain menyumbang satu gol dalam 17 perlawanan.

Bagi posisi penyerang, tidak mustahil Kedah akan mensasarkan bintang-bintang muda Vietnam yang cemerlang dalam kempen Piala AFF dan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun.

Dua nama yang mungkin dalam radar Kedah adalah Nham Manh Dung yang berusia 22 tahun dan Pham Dinh Duy, 20 tahun.

Dinh Duy memiliki pencapaian lebih baik bersama kelabnya, Da Nang FC apabila menyumbang empat gol dan tiga bantuan gol sepanjang musim ini dalam aksi 14 perlawanan.

Manh Dung pula melakar satu gol bersama Viettel FC dan menyumbang tiga bantuan gol dalam sembilan perlawanan.

Meskipun kurang gol, Manh Dung memiliki kelebihan sebagai penyerang yang tinggi kerana memiliki fizikal 1.82 meter untuk bersaing dengan bek-bek kental pasukan lain di Liga Malaysia.

Tidak kurang dengan itu, pemain pertahanan tengah dikatakan Bui Hoang Viet Anh antara yang berjaya mencuri perhatian apatah lagi berjaya membuatkan jaringan ketika menentang Malaysia pada Piala Asia 2022.

-9273-1663045510

Dinh Duy

Pemain sayap kanan kelahiran 1999 itu berjaya membuat hantaran silang ketika menentang Singapura sekali gus menyemarakkan lagi namanya.

Bukan sahaja Viet Anh, rakan senegaranya, Nguyen Tien Linh yang juga merupakan penyerang pasukan Vietnam.

Namanya hangat diperkatakan akan menyertai keluarga KDA FC, Tien Linh terbukti mempunyai kekuatan serangan dan tendangan padu.

Jadi adakah nama-nama yang disebut itu berjaya mendapat tempat dalam KDA FC yang giat melaksanakan susun atur pemain sebagai persediaan untuk musim hadapan? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram