'Hobi tidur tanda anda pemalas', ketahui rahsia personaliti ikut aktiviti kesukaan


  • Hobi
  • Jumaat, 21 Okt 2022

Seseorang yang memiliki hobi dikaitkan mempunyai personaliti yang teratur, berdisiplin dan menghargai masa.

HOBI merupakan aktiviti kegemaran yang dilakukan seseorang ketika masa terluang dan boleh dirancang mengikut kemampuan, ruang dan peluang.

Pemilihan yang ingin dilakukan juga terkait dengan pembentukan personaliti sekali gus memberikan refleksi identiti dan sikap.

Bagaimanapun, bagai papatah popular Inggeris, don't judge a book by its cover (jangan menilai seseorang daripada luaran). Hal ini kerana penampilan dan fizikal seseorang tiada mempengaruhi aktiviti kegemaran mereka.

Meskipun hobi antara elemen yang dinilai terutama dalam soal pemilihan pasangan, namun itu tidak menceritakan tentang gaya hidup dan sisi sebenar seseorang.

Menurut Pakar Psikologi Universiti SEGi Kota Damansara Prof Datin Dr Mariani Md Nor, hobi merupaman sebahagian daripada elemen terapi yang boleh merawat minda dan emosi secara psikologi.

majoriti2022 (4)

Mariani Md Nor

Katanya, kepuasan daripada melakukan aktiviti kegemaran secara tidak langsung akan merembiskan hormon dopamin atau endorfin.

“Orang yang ada hobi ini merupakan individu yang tahu mencari ruang untuk merehatkan minda bagi menghilangkan masalah. Setiap kita mempunyai bebanan hidup sama ada di tempat kerja, masalah peribadi, hubungan dan sebagainya.

“Jadi cuba mengenali dan memahami diri sendiri bagi mengenal pasti perkara yang disukai dan digemari.

“Perkara itu boleh dilakukan bersama keluarga, kenalan, pasangan mahupun sendirian seperti mengumpul setem atau menanam bunga,” katanya ketika dihubungi Majoriti.

‘Hobi saya tidur’

Dalam pada itu, Mariani turut mengulas mengenai individu yang tidak mempunyai ghairah untuk melakukan sebarang aktiviti apatah lagi ‘mendedahkan’ diri di tempat awam.

Tidur sering kali menjadi pilihan utama bagi individu begitu dan tidak melakukan apa-apa.

Menurut beliau, individu yang memilih untuk menjadi tidur sebagai ‘hobi’ adalah salah. Perkara itu kerana tidur merupakan keperluan asas tubuh manusia selain makanan dan minuman.

Pada masa sama, tidur turut terkait dengan personaliti pemalas kerana tidak aktif atau melakukan sebarang aktiviti.

Telahan itu bagaimanapun menyimpang kerana tidur terkait dengan emosi dan mental.

“Tidur itu bukanlah hobi dan tidak boleh dipanggil hobi kerana manusia memang perlukan tidur dan rehat. Meskipun seseorang itu tidak menggunakan banyak tenaga, tetapi mereka menggunakan minda dan sentiasa berfikir.

“Mereka ini sentiasa berusia ‘menceriakan’ fakta dan terus berfikir sehingga mengakibatkan mental berasa penat. Jadi rawatan mudah untuk membantu mengembalikan semula tenaga ialah dengan cara tidur.

“Seorang kanak-kanak juga secara purata memerlukan rehat atau tidur tengah hari sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari.

“Bayangkan jika kanak-kanak pun memerlukan masa sebegitu, bagaimana pula dengan golongan dewasa. Sekiranya penat bekerja, ambil masa untuk berehat dan dapatkan masa tidur yang berkualiti,” katanya.

Wujudkan hobi

Mengulas lanjut, Mariani menasihatkan agar individu memiliki aktiviti kegemaran yang akan dilakukan pada waktu lapang.

Bukan sahaja membantu untuk meredakan emosi dan mental, tetapi perkara itu mewujudkan fokus, disiplin dan kesungguhan dalam diri seseorang.

Menurut pandangan psikologi, individu yang tidak memiliki hobi ini merupakan golongan yang memiliki kecelaruan dalam diri.

Perkara itu kerana terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan dalam satu masa sehingga menyukarkan diri untuk menentukan apa yang terbaik.

“Orang yang tiada hobi ini mereka sebenarnya berada di ‘ruangan’ keliru. Terdapat beberapa perkara yang dirancang untuk dilakukan sehingga tiada masa untuk mamanjakan diri sendiri.

“Pengurusan masa itu penting kerana diri sendiri juga perlu ‘dirawat’. Bagaimana kita ingin membahagiakan orang lain (pasangan, keluarga, kenalan) sekiranya diri sendiri tidak berasa di fasa bahagia.

“Hobi ini mungkin dipandang enteng, tetapai sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Jadi cuba lakukan apa sahaja perkara yang digemari sama ada menonton filem genre romantik, seram; menyanyi, bersukan, mendaki gunung, melancong, menulis, mengubah bunga atau sebagainya,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau turut berkongsikan beberapa aktiviti yang boleh dijadikan hobi sekali gus memberikan sedikit gambaran tentang personaliti seseorang.

1. Mengumpul koleksi

ezgif-5-44c31d3ca3

Tidak mengira sama ada mengumpul setem, kereta mainan, buku atau apa sahaja yang boleh dijadikan sebagai koleski pasti akan menarik perhatian mereka.

Individu sebegini cenderung memiliki personaliti yang sukakan pemikiran kritikal, teratur dan teliti.

Seseorang itu akan menilai perkara berdasarkan perbezaan warna, corak, rekaan dan sentiasa menjadi perbezaan antara satu sama lain.

2. Hobi mahal

man-with-golf-clubs-copy-space-field

Aktiviti berbasikal, sukan golf dan mengumpul kereta mewah antara hobi yang dikaitkan dengan golongan ‘kayangan’.

Memandangkan keperluan untuk melakukan perkara itu memerlukan kos tinggi, individu yang gemar melakukan itu cenderung memiliki kemampuan dari segi kewangan dan masa.

Mereka sanggup berhabis demi hobi sebegini merupakan golongan yang menghargai dan melambangkan pengiktirafan diri sendiri.

3. Menanam pokok

Child on a yard. Kid planting a tree. Boy with a green funnel

Golongan yang gemar melakukan aktiviti yang terkait dengan tumbuhan seperti penanam pokok cenderung memiliki personaliti lemah lembut, sentimental dan penyayang.

Jiwanya yang lembut tidak sukakan keganasan selain dikaitkan sebagai seorang penyabar.

4. Mencabar dan lasak

Man in sport equipment riding a motorcross sport bike in mountains

Sebarang aktiviti yang melibatkan fizikal dan mental seperti denai kembara, memandu kereta lumba atau perkara mencabar serta lasak dilihat sebagai seorang yang berjiwa kental serta tidak mudah patah semangat.

Mereka akan sentiasa mencari ruang untuk mencabar diri.

Perkara itu kerana mereka memerlukan banyak tenaga untuk menyempurnakan hobi mereka itu sehingga berjaya mencapai kepuasan.

5. Mengumpat

Business executive making fun of colleague in office

Mungkin perkara sebegini dilihat sebagai aktiviti yang sia-sia dan hanya menambahkan dosa. Golongan sebegini sentiasa berusaha untuk mencari kesalahan orang lain dan memperbesarkan perkara remeh.

Aktiviti ini tergolong dalam kategori hobi negatif yang seharusnya tidak dipraktiskan kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Personaliti individu lebih dilihat sebagai seorang yang pemarah, tidak sabar, narsistik dan sukar untuk menerima pandangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram