KEHEBATAN Mohamed Salah telah 'musnah' ekoran oleh kehadiran penyerang Liverpool, Darwin Nunez memandangkan pemain antarabangsa Mesir itu lebih sesuai untuk bermain di bahagian tengah.
Ia dibangkitkan bekas bek kiri Liverpool dan Newcastle, Jose Enrique.
Untuk kebanyakan masa, Salah bergelut sepanjang musim ini setelah dia sering berada di pinggir tanpa memberi impak.
Liverpool mengalami perubahan besar musim ini tanpa kelibat Sadio Mane berikutan perpindahan pemain berusia 30 tahun itu ke Bayern Munich.
Dalam pada masa sama, Nunez ditandatangani dari Benfica pada musim panas dan dia memberikan Jurgen Klopp pilihan yang berbeza bagi pemain bahagian tengah.
The Reds mengambil sedikit masa untuk meneruskan musim ini dan Klopp telah mengakui bahawa mereka sudah terkeluar daripada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Kehadiran Nunez mengurangkan 'sengat' Salah. — Agensi
Namun, Liverpool menunjukkan kebangkitan pada aksi menentang Rangers dalam aksi kumpulan Liga Juara-Juara pada awal minggu ini apabila meledakkan tujuh gol berbalas satu dengan kemenangan berpihak kepada The Reds.
Nunez menjaringkan gol keempat mereka sebelum Salah turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara. Dia hanya mengambil masa lima minit untuk menuntut bola perlawanan.
Klopp berharap pasukannya mengambil keyakinan daripada kemenangan ini. Semangat itu diperlukan ketika mereka menentang Man City di Anfield pada 16 Oktober nanti.
Melihat perkara tersebut, Enrique berharap hatrik tersebut dapat membantu Salah kembali ke tahap terbaiknya selepas prestasinya 'dibunuh' dengan ketibaan Nunez.
Jelasnya, Mo Salah boleh menggunakan hatrik berkenaan untuk dapatkan semula prestasi terbaiknya dan pemain sayap mampu menjadi penjaring kerana berada berdekatan dengan pemain tengah.
"Pada aksi menentang Rangers, Salah bermain sebagai penjaring. Tapi kehadiran Darwin Nunez telah mengubah sedikit keadaan kerana dia yang akan berlari pada setiap ruang dan menjadikan mereka pemain sayap.
"Buat Luis Diaz, situasi ini membantu dia. Kerana dia merupakan pemain sayap sebegitu. Namun, situasi sama akan 'membunuh' Salah. Untuk tampil berkeyakinan, Salah perlu jaringkan gol.
"Jadi, saya tidak pasti apa akan dilakukannya ketika menentang Man City nanti. Salah akan bermain di bahagian tengah dan dia boleh lakukan kejutan dengan menyumbat gol. Tapi untuk itu berlaku, Salah perlu bermain di bahagian tengah, bukan di kawasan terbuka seperti dia main sekarang," tambahnya.
Enrique berpendapat melonjakkan keyakinan pemain sama penting dengan kemenangan pasukan. — Agensi
Tambah Enrique, jaringan Darwin Nunez juga mampu lonjakkan keyakinan pemain 23 tahun tersebut, selain daripada menyumbang koleksi kemenangan buat pasukan tersebut.
"Empat, lima bulan lalu, mereka dijulang dan mendapat semua penghormatan. Tapi sekarang, tiba-tiba mereka dilabel sebagai pemain teruk. Mereka bukan begitu.
"Bagi Mo Salah, perubahan besar dia adalah posisinya lebih banyak kepada bahagian tengah. Tapi dengan kehadiran Darwin, perubahan berlaku padanya.
"Saya harap hatrik ini, dia akan dapat keyakinannya semula. Dan ujian besar bagi Liverpool adalah perlawanan menentang Man City nanti," jelasnya.
Mengulas lanjut, Enrique turut mengakui bahawa Man City adalah pasukan pilihan menjelang pertembungan hujung minggu nanti.
"City adalah pasukan pilihan dan akan jadi juara. Tapi ini tidak bermaksud Liverpool tidak ada peluang untuk menang. Sebelum ini, mungkin peluang mereka adalah 50/50, tetapi sekarang 70/30.
"Apabila anda seorang profesional, tiga mata itu sama penting seperti perlawanan-perlawanan lain. Kalau menang, mereka akan sangka Liverpool sudah kembali, Kalau kalah, ini akan membuatkan pasukan itu jatuh lagi dan keyakinan pemain akan jatuh," ujarnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram