Dua pasukan Liga M gagal kemuka rayuan musim depan


  • Podium
  • Rabu, 12 Okt 2022

Pihak MFL mengambil keputusan itu dengan menimbang tara masalah yang dialami Melaka United dan Sarawak United. — Malaysia Football League

SEBANYAK 10 pasukan yang ketika ini bertanding dalam Liga Super memperolehi lesen kebangsaan, sekali gus membolehkan mereka bertanding dalam liga teratas domestik itu musim depan.

Perkara itu diumumkan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang dipengerusikan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada Selasa dan Rabu.

Kelab-kelab itu merupakan Johor Darul Takzim (JDT), Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, PJ City FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC.

WhatsApp Image 2022-10-12 at 16.19.34

Sarawak United (kiri) dan Melaka United mengalami masalah yang getir sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, Melaka United FC dan Sarawak United FC gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas permohonan mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Kitaran Peraturan Pelesenan Kelab MFL 2022.

Sementara itu, permohonan enam kelab, iaitu Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Perak FC, PDRM FC and UiTM FC yang beraksi dalam Liga Perdana diluluskan dan diberikan Lesen Kebangsaan untuk menyertai Liga Super 2023.

Bagi Melaka United, pasukan itu gagal mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 di samping tidak menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan F.11.

Sarawak United FC pula gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes FIFA, di mana keputusan dibuat oleh DRC FIFA terhadap bekas pemain, iaitu Sandro Da Silva Mendonca dan Taylor Francis George Regan.

Namun, kedua-dua pasukan tersebut diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan sebelum 19 Oktober terhadap keputusan FIB yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Setiap tahun, MFL mengarahkan setiap pasukan menyerahkan surat pengisytiharan yang membuktikan bahawa mereka bebas daripada sebarang tunggakan atau kelewatan pembayaran gaji, KWSP, LHDN, Perkeso dan EIS kepada MFL menjelang musim baharu Liga Super akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram