CIAPAN wartawan Zulhelmi Zainal Azam yang mendakwa terdapat isu tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam tempoh setahun, mendapat perhatian peminat bola sepak tanah air.
Di sebalik isu itu yang begitu heboh diperkatakan, pemerhati sukan, Zuraimi Zukri berpendapat tumpuan berhubung kemelut kewangan dalam kelab bola sepak Malaysia sepatutnya diberikan kepada Melaka United (MUFC) dan Sarawak United (SUFC) yang dibelenggu masalah sama.
"Pada saya la, sepatutnya Zulhelmi siasat pasal bayaran gaji pemain Melaka United dan Sarawak United.
"Sebab dua pasukan ni yang kuat sedang heboh tentang gaji sekarang, malah setiap musim.
"Siap pemain bagi isyarat 'nak makan nasi' lepas score goal. Orang lebih nak tahu macam mana dua pasukan ni selalu dapat lesen walaupun sering ada masalah gaji," katanya dalam perkongsian di Facebook.
Pasukan Sarawak United juga berdepan masalah kewangan pada musim ini. — Facebook
Zuraimi berasakan kedua-dua pasukan itu berdepan masalah kewangan yang lebih kritikal berbanding Kedah kerana berlaku hampir setiap musim.
"Korek Kedah punya buat apa? Tak selari dengan isu semasa kelab tu. Boleh nak korek Kedah punya, tapi tunggu isu tu jadi persoalan besar dulu.
"Umum melihat Kedah memang ada isu gaji tapi tak sekritikal Melaka United dan Sarawak United yang sentiasa berulang-ulang saban tahun," tambahnya.
Pada masa sama, Zuraimi beranggapan tindakan wartawan tersebut seperti mahu memperbesar-besarkan cerita dan seolah-olah melaga-lagakan Kedah dengan badan induk itu.
"Selain dari tu, kau dah macam nak burukkan benda yang sedang relaks di mata umum.
"Benda tak heboh kau nak hebohkan, benda heboh kau tak nak hebohkan. Maksud saya benda orang nak kupasan, kau tak kupaskan, (tapi) benda orang tak nak kupasan, kau kupaskan.
"Janganlah macam tu bang Zulhelmi, tunggu isu timbul baru molek dikupaskan kenapa, kenapa dan kenapa masalah tu timbul," ujarnya.
Masalah gaji membelenggu Melaka United FC sejak tiga bulan lalu bermula Ogos. — Facebook
Zuraimi juga tidak menafikan mungkin betul prestasi Kedah ada faktor dengan isu bayaran namun dia berpendapat, secara umum penyokong Sang Kenari mengaitkan perkara itu dengan melihat 'prestasi' pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak.
"Bagi saya juga, Aidil Sharin mungkin sudah berada di zon selesa Kefah perlu di-refresh untuk dapat nafas dan energi baharu.
"Perbincangan kuat dalam bola sepak Kedah banyak menjurus kepada hal ketua jurulatihnya," ulasnya.
Rentetan isu berkenaan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menjawab isu tunggakan pembayaran cukai LHDN daripada kelab KDA FC pada Rabu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram