'Something is coming', 5 kemungkinan kejutan Perak FC


  • Podium
  • Ahad, 09 Okt 2022

Perak FC mengorak langkah dengan memuat naik satu hantaran memaparkan seekor serigala berserta tarikh yang menimbulkan tanda tanya orang ramai. — Facebook

BELUM puas dengan keterujaan pelantikan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 pada bulan lalu.

Kini pihak pengurusan Perak FC mengorak langkah dengan memuat naik satu hantaran memaparkan seekor serigala berserta tarikh 12 Oktober 2022 yang menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Dalam hantaran tersebut mata serigala dan perkataan 'something' berwarna hijau ibarat simbolik kepada satu makna yang disembunyikan.

Menerusi tinjaun Majoriti di ruangan komen ini merupakan lima khabar angin tentang pekara yang disembunyikan oleh Perak FC.

Wolfsburg

VfL Wolfsburg diberi gelaran The Wolves oleh penyokong bola sepak Jerman. Facebook

1. Kerjasama

Selepas pengambilalihan oleh XOX Berhad menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sports Sdn. Bhd pada Ogos dilihat memberi kelegaan bukan sahaja kepada pemain serta pengurusan, tetapi juga kepada penyokong mereka.

Disebabkan itu, segala masalah gaji tertunggak yang dihadapi pihak pengurusan sebelum ini berjaya diatasi dengan segera.

Kesan daripada perkembangan positif itu, kini terdapat khabar angin yang mengatakan Perak FC sedang menjalinkan satu bentuk kerjasama bersama pasukan dari Jerman, VfL Wolfsburg.

Kerjasama tersebut mungkin disebabkan pengaruh Teong Kim yang pernah terlibat dengan dunia bola sepak Jerman sebagai jurulatih akademi Bayern Munich lebih 10 tahun pengalaman.

Gambar serigala bermata hijau yang dimuat naik oleh Perak FC sinonim dengan gelaran VfL Wolfsburg oleh penyokong bola sepak Jerman.

Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad menjadi sasaran utama Teong Kim untuk memperkuatkan barisan serangan The Bos Gaurus.

2. Pemain baharu

Lumrah bagi dunia bola sepak apabila beberapa nama pemain mula dikaitkan dengan penghijrahan ke pasukan lain menjelang penghujung liga.

Baru-baru ini, Teong Kim tidak dapat menyembunyikan perasaannya apabila dia ingin membawa beberapa pemain tempatan yang berkualiti bagi menghadapi saingan musim baharu nanti.

Penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad menjadi sasaran utama ketua jurulatih berusia 59 tahun itu untuk memperkuatkan barisan serangan The Bos Gaurus.

Selain itu, bekas anak didik Teong Kim seperti Luqman Hakim dan beberapa pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut menjadi sasaran jurulatih kelahiran Melaka itu.

Di ruangan komen hantaran tersebut, beberapa nama pemain juga turut dikaitkan, antaranya Hafizul Hakim, Amirul Azhan, Azmeer Yusof, Nazriul Naim, Shahrel Fikri dan Norhakim Hassan.

WhatsApp Image 2022-10-09 at 6.00.57 PM

Khabar angin menyatakan Petronas bakal menaja pasukan Perak bermula musim hadapan. Gambar Hiasan

3. Penaja

Tidak dapat dinafikan, kestabilan kewangan sesebuah pasukan bergantung kepada kemasukan penaja demi menampung kos operasi sepanjang liga berlangsung.

Bagi Perak FC, pemilik baharu pasukan itu mungkin tiada masalah untuk menampung gaji pihak pengurusan serta pemain.

Namun, jika Perak ingin bersaing bersama pasukan handal seperti Johor Darul Takzim (JDT), Selangor FC, Kedah Darul Aman dan Sabah FC, mereka memerlukan dana sokongan bagi memberikan cabaran.

Khabar angin menyatakan syarikat minyak dan gas negara, Petronas bakal menaja pasukan Perak bermula musim hadapan memandangkan syarikat itu juga sinonim dengan warna hijau.

Jika perkara tersebut berlaku, ini merupakan satu kejayaan buat pihak pengurusan kerana berjaya menarik minat syarikat gergasi itu untuk melabur ke dalam pasukan.

Serigala

Berkemungkinan 'sang' serigala bakal menggantikan seladang yang sinonim dengan imej pasukan Perak. Gambar Hiasan

4. Imej pasukan

Kelab bola sepak di Malaysia amat sinonim dengan binatang yang gagah seperti Perak yang diikaitkan dengan Seladang.

Hantaran yang dimuat naik oleh Perak FC melalui laman rasmi Facebook, Perak Football Club pada Ahad menampilkan seekor serigala.

Berkemungkinan 'sang' serigala bakal menggantikan seladang yang sinonim dengan imej pasukan Perak selama beratus tahun.

Perkara ini pernah terjadi kepada Kedah Darul Aman yang mengubah identiti pasukan mereka daripada Sang Kenari menjadi Lang Merah sebelum diubah semula pada 2020.

DNA

Perak dijangka akan membina satu bentuk DNA permainan berteraskan idea dan falsafah Teong Kim. Agensi

5. DNA Perak FC

Perkataan 'something' yang dimuat naik dalam hantaran di Facebook, mengambarkan Perak ingin membuat satu perubahan yang besar bagi saingan musim depan.

Bercakap mengenai perubahan, Perak dijangka membina satu bentuk DNA permainan berteraskan idea dan falsafah ketua jurulatih baharu.

Pengalaman luas yang dimiliki Teong Kim mungkin menjadi resepi utama untuk menghasilkan DNA Perak yang ingin mengembalikan semula zaman kegemilangan The Bos Gaurus.

Seperti kejayaan JDT di bawah pengurusan Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang membina DNA Harimau Selatan sehingga digeruni ramai di rantau Asia Tenggara.

Mungkin perkataan dan gambar serigala ialah simbolik pada perubahan yang akan dilakukan oleh pemilik baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram