
"KALAU dia nak balik apa salahnya?."
Demikian reaksi bersahaja Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi, selepas skuad Seladang dikaitkan dengan bintang muda, Luqman Hakim Shamsudin yang masih bersama K.V. Kortrijk.
Dalam mempersiapkan pasukan bagi saingan musim depan, Azim tidak menolak usul Lim Teong Kim untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu, pada musim depan.
Namun beliau menegaskan segalanya belum ada sebarang kata putus lagi setakat ini.
Luqman Hakim dirasakan bakal memberikan impak besar jika menyertai Perak FC. — Facebook
"Saya berasakan ia akan memberikan impak yang besar bukan hanya kepada pasukan, tetapi kepada saingan Liga Super.
"Ia adalah langkah yang sama seperti membawa pulang Teong Kim untuk mengendalikan Perak," kata Azim.
Pada masa sama, beliau turut menyangkal dakwaan kononnya ada rundingan 'bawah meja' untuk membolehkan Perak FC mendapat laluan mudah ke Liga Super 2023 seperti cakap-cakap yang sudah kedengaran lebih awal berhubung perkara tersebut.
Dalam hal itu, Azim melabelkan Perak FC hanya bernasib baik disebabkan kekurangan pasukan lain yang berhadapan dengan masalah kewangan.
"Banyak pasukan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. Perak hanya bernasib baik kerana menepati syarat yang telah ditetapkan," kata Azim.
Sebelum ini, Malaysian Football League mengumumkan Perak FC berada dalam saingan Liga Super musim depan melalui proses keputusan 'tiada aksi play-off'. — Astro Arena
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram