Sarawak United FC umum penaja baharu


  • Podium
  • Ahad, 25 Sep 2022

Kaoru Kumekawa (dua dari kiri) bersama Dato Posa Majais pada majlis menandatangani perjanjian penajaan SUFC.

PASUKAN bola Sarawak United Fc (SUFC) mengumumkan Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd. sebagai penaja baharu mereka.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan berlangsung pada Jumaat di pejabat Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd di Samajaya Free Industrial Zone.

Sarawak United FC diwakili Presidennya, Datuk Posa Majais manakala syarikat itu diwakili Pengarah Urusannya, Kaoru Kumekawa.

Posa menerusi kenyataan ringkas berkata, kelab berkenaan mengalu-alukan kesudian Murata Manufacturing bekerjasama dengan pihaknya.

Sementara itu, Murata Sarawak dalam satu kenyataan media berkata, persetujuan untuk menaja Sarawak United FC adalah sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak tempatan di Sarawak.

β€œIni kerana Murata yang merupakan syarikat peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Jepun turut mempunyai kilang di Sarawak,” katanya. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram