Kesabaran pemain Sarawak United berbalas, isu gaji selesai


  • Podium
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Pemain Sarawak United dilaporkan sudah menerima tunggakan gaji mereka pada Jumaat.

ISU tunggakan gaji melibatkan pasukan kelab Liga Super, Sarawak United FC (SUFC) akhirnya selesai selepas Presidennya, Datuk Posa Majais mengesahkan perkara itu.

Menerusi perkongsian pasukan tersebut di Facebook, secara keseluruhannya Sarawak United telah melunaskan tunggakan gaji barisan pegawai dan pemain.

“Sarawak United FC telah melunaskan tungggakan gaji pegawai dan pemain dengan jayanya.

“Selamat maju jaya kepada pasukan SUFC,” tulisnya dalam kenyataan tersebut.

sarawak

Tangkap layar kenyataan SUFC dan reaksi penyokong terhadap isu tunggakan gaji pemain.

Khabar gembira itu secara tidak langsung dapat memberi sinar kepada pemain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pada masa sama, penyokong skuad Ngap Sayot itu turut mengharapkan agar kejadian tersebut tidak berulang pada masa akan datang.

“Tahniah. Semoga pihak pengurusan lebih cakna hal gaji pemain dan semoga pengurusan SUFC lebih lestari.

“Dengar cerita ada sangkut sebulan lagi. Harap-harap tiada tersambung-sambung sangkutnya,” komen warganet di Facebook.

Untuk rekod, sebelum ini Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) pada Ogos lalu sudah mengeluarkan notis kepada pasukan berkenaan berkaitan tuntutan tunggakan pemain terlibat.

Tindakan tersebut dilakukan PFAM selepas mendapat laporan daripada beberapa orang pemain yang memaklumkan tidak menerima gaji selama empat bulan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram