Homestay di Kedah hampir penuh, 'fans' JDT dah tak sabar


  • Podium
  • Rabu, 21 Sep 2022

JDT hanya perlu menumpaskan KDA FC untuk mengesahkan juara Liga Super milik mereka.

MEMASUKI pecutan akhir Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dilihat kekal mengungguli kedudukan di tempat pertama dengan 43 mata dan berkelebihan satu perlawanan.

Sabah pula menduduki kedudukan dengan 36 mata dan hanya lebih satu mata dengan Negeri Sembilan FC di kedudukan ke tiga.

302434766_2383531285143490_4307622300465116308_n

JDT sedang memburu kejuaraan Liga Super selepas merangkul Piala FA baru-baru ini. — Facebook/Johor Southern Tigers

Melihat kepada perkiraan mata perlawanan, Harimau Selatan hanya perlu menang dua perlawanan iaitu menentang Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Jika dua perlawanan itu berjaya memperoleh tiga mata penuh, JDT sudah berkelebihan satu mata walaupun Sabah FC menang keseluruhan baki perlawanan.

Melihat kepada saingan melawan Harimau Kumbang yang kini berada di kedudukan tercorot liga, tiada masalah untuk skuad kendalian Hector Bidoglio meraih mata penuh.

Saingan penentuan sudah pastinya antara JDT menang Sang Kenari pada 4 Oktober depan di Stadium Darul Aman, Kedah.

305963361_505504474744241_4039172453490120008_n

KDA FC sebelum ini beraksi cemerlang menumpas Selangor FC, 3-1 di laman sendiri. — Facebook/Keda Darul Aman FC

Sumber Majoriti memaklumkan, homestay di sekitar negeri Jelapang Padi itu juga sudah penuh ditempah rata-ratanya rakyat Johor.

"Homestay di Alor Setar, Kedah hampir penuh. Penyokong JDT dah mula buat tempahan. Mungkin nak tengok pasukan mereka angkat piala (Liga Super)," katanya.

Hubungan antara KDA FC dan JDT sepanjang musim ini sering menjadi bahan bualan peminat kerana gelagat pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cukup gemar memerli antara satu sama lain di media sosial.

Sudah pasti, perlawanan antara KDA FC dan JDT akan menjadi tumpuan dan kehadiran penyokong Harimau Selatan ke Kedah akan menggerunkan lagi Sang Kenari.

Apa yang pasti, Bidoglio pasti akan menurunkan barisan pemain terkuatnya untuk menentang KDA FC bagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara.

Namun, harapan penyokong Sang Kenari juga amat tinggi untuk melihat pasukan kesayangan mereka mengalahkan JDT apatah lagi bermain di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram