Saya tahu apa berlaku di Perak — Teong Kim


  • Podium
  • Khamis, 15 Sep 2022

Lim Teong Kim tekad mahu mengembalikan semula kegemilangan Bos Gaurus. — Facebook

"SAYA memang mengikuti Perak FC dan saya tahu apa yang berlaku".

Itu yang diluahkan pengendali baharu Perak FC, Lim Teong Kim, 59, yang bertekad mahu mengembalikan semula kegemilangan Bos Gaurus.

"Saya juga sedar bahawa ia adalah satu tanggungjawab besar, namun menyifatkannya sebagai cabaran buat dirinya.

“Saya melihatnya sebagai satu tugas dan cabaran untuk saya. Saya sentiasa sukakan cabaran dan mengambil cabaran sebagai sebahagian daripada hidup saya," katanya dalam satu video di saluran YouTube, TBG TV.

305283773_174502361796814_3257218959162952466_n

Lim Teong Kim dilantik sebagai pengendali baharu Perak FC pada Selasa. — Facebook/Perak FC

Perak bergelut dengan masalah prestasi pada musim ini susulan masalah kewangan yang dihadapi pada awal musim sebelum XOX Berhad (XOX) muncul sebagai pemilik baharu kelab itu.

Pelantikan Teong Kim yang juga bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich dilihat memberi nafas baharu buat juara lapan kali Piala Malaysia itu kembali ke era zaman kegemilangan.

Selain itu, Teong Kim yang pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut mengharapkan sokongan padu daripada seluruh penyokong Perak untuk membantu Bos Gaurus meraih kejayaan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

"Kepada penyokong Perak, kami memerlukan anda. Kami akan pastikan apabila kami beraksi, kami akan bermain dengan persembahan terbaik.

"Tolong datang dan bantu kami, kami perlukan sokongan anda... kita akan berjaya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram