PERLAWANAN Derbi Utara yang menyaksikan perhitungan antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC bakal menemui penyokongnya pada Jumaat dengan Harimau Kumbang bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Selepas dua minggu berehat, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak dan Datuk Zainal Abidin Hassan pasti mempunyai sasaran sama ntuk mendapatkan tiga mata bagi memperbaiki prestasi mereka di Liga Super sepanjang musim ini.
Penang FC yang merekodkan tiga kekalahan berturut-turut sememangnya menunjukkan bahawa skuad Hijau Kuning nampak lebih cemerlang kerana berjaya mengikat Sabah 1-1 pada perlawanan sebelum ini.
Bagi pengendali Penang FC, Zainal berharap perlawanan pada Jumaat itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak buahnya sebagai peluang untuk memperbaiki kedudukan Harimau Kumbang.
Bekas pemain kebangsaan itu tidak menafikan bahawa skuad Sang Kenari merupakan pasukan yang kuat terutamanya dengan pengalaman KDA FC di kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
"Misi saya malam ni nak naikkan moral-moral pemain dan kedudukan pasukan. Kita tahu Kedah adalah satu pasukan yang baik lagi-lagi bermain di tempat sendiri. Taktikal mereka perlu diawasi.
"Pak Ngah (Ronald Ngah), Al-Mardi. Secara kolektif mereka pasukan yang hebat. Dengan pengalaman main di AFC. Jadi perlu mengawasi setiap kedudukan apabila bola berada di pasukan Kedah.
"Seri, Alhamdulillah tapi kalau boleh kita perlu mata yang lebih untuk baiki kedudukan," katanya kepada Majoriti.
Zainal Abidin (kiri) bakal berdepan tugas berat apabila membawa skuadnya ke Stadium Darul Aman, malam ini bertemu Kedah dalam saingan Liga Super. — Facebook Penang FC.
Bercakap mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi menentang di Hijau Kuning itu, Zainal masih belum memutuskannya namun tonggak jentera serangan mereka, Lucas Silva.
Malah, berhubung teka-teki penyokong Harimau Kumbang sama ada pemain tengah, Danial Ashraf Abdullah akan bermain bersama Penang FC pada Jumaat, Zainal belum dapat memberi sebarang keputusan.
"Danial Ashraf tak pasti lagi akan main atau tak. Kesebelasan utama masih nak figure out. Pemain-pemain yang nampak menunjukkan peningkatan dan ada seratus peratus cergas nak bermain akan diturunkan. Ramai tapi tak boleh namakan.
"Lucas pasti main sebab dia jentera terbaik di bahagian serangan. Yang pasti Adib Raob tak main malam ini kerana kecederaan yang dialami," ujarnya.
Hanya merekodkan satu kemenangan dalam 16 aksi liga musim ini, Penang FC pasti akan turun dengan misi besar memburu kemenangan kedua meskipun berdepan dengan lawan yang kuat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram