PAKAR bola sepak Amerika Selatan, Tim Vickery mengakui dia mempunyai keraguan apabila Liverpool meminjam Arthur Melo daripada Juventus.
Tetapi Vickery mengakui dia 'terkejut dan tertarik' dengan kedatangan tonggak tengah Juventus itu sambil menambah bahawa pemain berusia 26 tahun itu mungkin bukan pemain tipikal pilihan Jurgen Klopp.
"Saya terkejut dan tertarik melihat situasi pinjaman Arthur. Liverpool di tahap terbaik setakat dalam permainan terakhir mereka.
"Arthur memiliki corak permainan yang berbeza daripada pemain tengah tipikal pilihan Klopp. Dia banyak menguasai bola yang dilihat lebih sesuai untuk corak permainan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Bekas pemain tengah The Reds, Dietmar Hamann juga mempersoalkan jika Arthur adalah individu yang tepat untuk Liverpool.
Hamann mempersoalkan jika Arthur adalah individu yang tepat untuk Liverpool. — Agensi
"Saya tidak pasti jika dia adalah pemain yang mereka perlukan kerana saya lebih suka pemain yang membuat banyak serangan dari bahagian tengah.
"Dia boleh bermain dalam posisi nombor 8 tetapi dia bukan seorang yang boleh membuat serangan ke atas sebaliknya gemar melakukan hantaran pendek dan mengawal tempo permainan. Jadi saya tak pasti jika dia dapat memberikan sesuatu kepada Liverpool," katanya kepada Sky Sports.
Arthur menghabiskan dua tahun karier di Barcelona sebelum berpindah ke Serie A pada 2020 dengan kontrak bernilai €72 juta (RM321.4 juta) tetapi dia hanya membuat 11 permulaan liga di Itali musim lalu dan belum lagi beraksi lagi pada musim ini.
Pemain Brazil tersebut pernah dikaitkan dengan Everton tetapi sebaliknya menyertai seteru The Toffees itu untuk baki musim ini.
Perjanjian berkenaan berikutan Juventus mengikat Leandro Paredes secara pinjaman daripada Paris Saint-Germain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram