PEMAIN import Sri Pahang FC, Lee Tuck akhirnya berjaya mendapat kerakyatan Malaysia selepas melalui satu proses naturalisasi yang agak panjang.
Menerusi satu kenyataan dalam Instagram pada Rabu, Lee Tuck bersyukur apabila dia sudah pun menerima kewarganegaraan Malaysia selepas menempuh pelbagai onak dan duri.
Pemain berketinggian 1.75 meter itu sangat disayangi oleh penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan selepas dia sentiasa memberikan segalanya di atas padang.
Perancang tengah berbakat berusia 34 tahun itu merupakan warganegara England, namun sudah beberapa tahun beraksi di Liga Malaysia.
Lee Tuck bersyukur apabila dia sudah pun menerima kewarganegaraan Malaysia. — Instagram
Namun, segelintir peminat bola sepak negara menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan Lee Tuck kini yang sudah lama tidak beraksi dalam saingan kompetitif jika dia dipilih mewakili Harimau Malaya.
"Buang masa sahaja, semua dah veteran kalau nak main dengan Harimau Malaya," kata Wan De Paula.
"Tua sangat dah, jadi jaga diri lebih baik," jelas Yazid Zidan.
"Dia ini dah tak power kalau dapat main pasukan kebangsaan tak tahu jadi apa nanti," luah Rosli Daud.
De Paula gagal memberikan impak ketika beraksi untuk skuad negara. — Facebook/FAM
"Dah lama dia tak main bola sepak, harap-harap dia dapat buktikan sesuatu dekat Kim Pan-gon," tulis Azraei Rahman.
Dengan umur 34 tahun, berkemungkinan khidmat Lee Tuck mampu digunakan untuk tempoh dua ke tiga tahun sahaja.
Penyokong Malaysia berharap Lee Tuck tidak menjadi seperti pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula yang gagal memberikan impak setiap kali beraksi untuk skuad kebangsaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram