Tak layan bakat ubi muda jadi punca Selangor tewas 4 kali berturut-turut, sampai bila?


  • Podium
  • Rabu, 24 Ogos 2022

Antara babak perlawanan pemain Selangor dan PJ City baru-baru ini. — Facebook/Selangor FC

PRESTASI tidak memberangsangkan Selangor FC dalam saingan Liga Super baru-baru ini menyebabkan ramai penyokong pasukan itu meluahkan kekecewaan.

Masakan tidak, pengorbanan penyokong termasuk menghabiskan wang ringgit bagaikan tidak dihargai, selepas pasukan itu dilihat membuat persembahan secara ala kadar dalam beberapa perlawanan.

Selangor tewas sebanyak empat kali berturut-turut termasuk di tangan Sri Pahang FC, dengan keputusan 0-2 pada 27 Julai lalu.

Selain itu, pada 31 Julai lalu, Selangor sekali lagi tewas 2-3 di tangan Negeri Sembilan FC; manakala The Red Giants juga dibelasah 0-2 di tangan Terengganu FC pada 17 Ogos.

Screenshot 2022-08-24 162620

Selangor tewas di tangan Terengganu pada 17 Ogos lalu. — Facebook/Selangor FC

Harapan penyokong untuk melihat kemenangan Selangor tidak berhasil apabila seterusnya tewas 0-1 ketika menentang Petaling Jaya City (PJ City) FC pada 17 Ogos lalu.

Selangor kini berada di kedudukan kesembilan dalam Liga Super, mengutip 16 mata serta memperoleh lima kemenangan daripada 15 perlawanan.

Mengulas mengenai perkara itu, Wan Hazwan tidak menolak kemungkinan prestasi merudum Selangor itu disebabkan terdapat ketirisan dalam pihak pengurusan.

"Ada benarnya kata Khalid Ali. Selangor FC telah membelanjakan jumlah yang kedua terbesar selepas JDT (Johor Darul Takzim) pada sesi 2022.

"Pembelian pemain dan sebagainya. Sepatutnya Selangor yang mengiringi JDT ke Asia," kata pemerhati sukan itu menerusi hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Wan Hazwan menganggap kekalahan yang ditanggung oleh Selangor berpunca daripada pasukan kejurulatihan yang diterajui oleh bekas Ketua Jurulatihnya, Michael Feichtenbeiner.

Meskipun tidak menyalahkan 100 peratus ke atas Michael, katanya, penyokong dapat melihat kecergasan mental dan fizikal pemain yang semakin merudum.

download

Michael melepaskan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Selangor pada 9 Ogos lalu. — Agensi

"Ada pemain sekejap injury, sekejap okay balik. Banyak game, mulanya Selangor FC mendahului dengan kelebihan jaringan pada separuh masa pertama, akhirnya keputusan seri, dan kalah bila masuk babak kedua bila pihak lawan jaringkan gol.

"Memang berkait dengan kecergasan pemain. Itu pentingnya high intensity training.

"Yang harus dipersalahkan adalah fitness coach Selangor FC. Contohnya Yazan ketika first half. Mantap je betul-betul jaga striker lawan. Masuk separuh masa kedua, hampeh," katanya.

Selain itu, Wan Hazwan menyifatkan DNA Jerman yang ingin dibawa Selangor sememangnya gagal.

Katanya, perkara itu boleh dilihat apabila idea untuk menaikkan pemain muda ke skuad utama tidak berjaya.

"Lihat Selangor FC gagal ke final Piala Presiden. Selangor II lagi lah.

"Tinggal Piala Belia je harapnya dapat julang piala, selepas kali terakhir Selangor FC bawa pulang trofi Piala Belia pada tahun 2015.

"Berbeza situasi yang berlaku dengan Terengganu FC. Semi final Piala FA, pada separuh masa kedua, Terengganu FC banyak turunkan pemain muda mereka dan pertahanan mereka tetap utuh," tambahnya.

Puji penyokong

294819299_465203085611425_6171335435204229489_n

Penyokong tidak putus-putus memberi semangat kepada Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Walaubagaimanapun, Wan Hazwan memuji penyokong Selangor, yang mana mereka tetap hadir ke stadium dan masih mengharapkan kejutan, meskipun pasukan tersebut tidak menunjukkan persembahan secara konsisten.

Katanya, mentaliti penyokong Selangor disifatkan seperti juara kerana tidak putus-putus memberi sokongan kepada pasukan tersebut.

"Dan penyokong Selangor FC dah buktikan yang mereka bukan bangsa final dan bukannya sekadar menyokong ketika menang tapi ketika kalah pun mereka setia.

"Penyokong Selangor FC berhak dapatkan apa yang mereka patut dapat. Tiket berharga RM25 atau RM30 tu lebih berbaloi buat benda lain, berbanding sumbangkan kepada team yang tak fikirkan langsung penyokong," katanya.

Selangor bakal berdepan dengan JDT dalam perlawanan pada 3 September depan.

Perlawanan tersebut merupakan penentu sama ada Selangor masih lagi dibuai mimpi atau sudah keluar dari kepompong untuk meraih kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram