TFC tak buat kerja, Ahmad Samsuri tahu ke? Penyokong geram habis ubi muda kena rembat JDT


  • Podium
  • Rabu, 17 Ogos 2022

Dikhabarkan tiga ubi muda daripada pasukan bawah 19 tahun (B-19) bakal dilamar Harimau Selatan. 

NAMPAK gaya bukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sahaja berdepan masalah pemain muda disambar kelab gergasi Johor Darul Takzim (JDT).

Nasib sama turut membelenggu skuad Terengganu FC (TFC) apabila dikhabarkan tiga ubi muda daripada pasukan bawah 19 tahun (B-19) dilamar Harimau Selatan.

Perkhabaran itu dikongsikan laman Twitter @11Terengganu dengan status berbunyi, "3 Ubi 19 Terengganu dilamar JDT!"

"Habis aksi separuh akhir baru-baru ini. Tiga pemain yang ada dalam gambar sedang berkira-kira dan boleh dikatakan confirm akan ke sana.

"Pendapat peribadi Ayah Teh, bagus untuk pemain. Itu tanda yang bagus dapat perhatian dari kelab yang bagus!

"Pengurusan kita?," ciapnya.

Berkongsi pendapat sama, seorang penyokong Sang Penyu, Piang Shankly yang berpendapat pengurusan PBSNT lambat menjalankan tugas untuk mengikat pemain-pemain muda untuk terus bersama kelab.

Peminat itu mempersoalkan cara kerja TFC dan mendakwa TFC tidak membuat kerja.

"TFC tak buat kerja?

"Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak pandai jaga pasukan atau kedua-duanya sekali?

"Salute pada JDT, laju buat kerja.

"Rasanya sudah boleh serahkan pengurusan Skuad Piala Belia dan Piala Presiden kepada TFC demi kesinambungan pembangunan pemain, coach dan juga pasukan," katanya.

Menurut Piang Shankly lagi, kedua-dua pasukan tersebut pada masa ini di bawah pengurusan PBSNT.

"Kedua-dua pasukan juga gagal.

"TFC IV gagal di peringkat separuh akhir perlawanan dan TFC III gagal layak ke suku akhir pertandingan. Balik Awal!

"Saya juga difahamkan PBSNT telah memotong sebanyak 20 peratus peruntukan tahunan kerajaan kepada TFC dan hasilnya seperti di atas. Gagal teruk!

"Gaji Pengurus dan Penolong Pengurus TFC III & IV lagi tinggi dari gaji Pengurus TFC I & II," tulisnya.

Tambah Piang Shankly lagi, kemungkinan Presiden PBSNT, Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menyedari keadaan tersebut berlaku.

"Awal-awal dulu dah beritahu kepada Mohd Fadhil Wahab, jadi Manager TFC III atau IV dulu. Degil! Kalu tak, dapat gaji lagi tinggi.

"PBSNT ambil bajet TFC 20 peratus, gaji budak-budak Piala Presiden dan Belia bayar sampai bila? Dah terkeluar daripada kejohanan ni? Dah berhenti bayar gaji atau akan terus bayar sampai hujung tahun?" soalnya.

Kontrak Faisal bersama TFC akan berakhir 30 November ini.

Kontrak Faisal bersama TFC akan berakhir 30 November ini. — Facebook

Pada masa sama, usaha TFC untuk menyambung kontrak pemain sayap kebangsaan Faisal Halim, yang bakal tamat pada 30 November depan dikatakan masih lagi belum membuahkan hasil.

Sekiranya TFC kehilangan Faisal, ia merupakan satu kerugian besar buat TFC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram