Masa depan Yusri Che Lah bersama The Bos Gaurus, 'in' atau 'out'?


  • Podium
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Perak FC menewaskan Kelantan FC dalam aksi penuh kontroversi dalam saingan Liga Perdana baru-baru ini. — Bernama

PERJALANAN Perak FC untuk saingan Liga Perdana musim ini boleh dikatakan cukup berliku.

Bermula dengan krisis kewangan yang hampir menyaksikan The Bos Gaurus tersingkir daripada Liga Super dan pengorbanan pasukan untuk bermain walaupun tanpa gaji.

Kemudian, tampil pula syarikat XOX Berhad yang membeli Perak FC sekali gus menjadi penyelamat untuk kelab dari utara itu untuk terus kekal dalam Liga Perdana.

Namun, ketika penyokong mula teruja untuk melihat kelab kesayangan mereka bersaing dalam liga, prestasi Perak pula yang menjadi pertikaian.

298915030_165221449388525_3124919500448857973_n

Kesebelasan utama Perak FC ketika menentang Kelantan FC baru-baru ini. — Facebook/Perak Football Club

Malah, prestasi turun naik Perak FC menjadi bualan sehingga muncul desakan supaya pengendali pasukan itu, Yusri Che Lah disingkirkan.

Bagaimanapun, statistik lima rekod perlawanan sebelum ini menunjukkan petanda yang positif walaupun masih kekal di tangga kedua tercorot.

The Bos Gaurus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Perkara ini mendapat reaksi positif penyokong, Azzam Hidzer yang berharap supaya Yusri dibantu staf kejurulatihan sendiri sama seperti Kim Pan-gon mengemudi Harimau Malaya.

297829375_164934489417221_3708506118781339047_n

Ada penyokong yang mahu Yusri diberi peluang dan yang lain pula mahu jurulatih itu disingkirkan. — Facebook/Perak Football Club

"Pan-gon mempunyai pasukannya (staf kejurulatihan) sekali gus dapat mengumpulkan banyak idea dan perbincangan secara khusus.

"Pasukan Perak FC mempunyai banyak kekurangan melibatkan key players. Dapatkan key players untuk uji kekuatan taktikal.

"Kita pun tidak harapkan pasukan dapat bermain ke ACL. Tapi kita sebagai penyokong setakat ini enjoy dengan game Perak FC," katanya.

Rata-rata peminat beranggapan masih ada ruang untuk Yusri kembali mendapat tempat di hati penyokong dan usaha itu nampaknya sudah mula membuahkan hasil.

295895318_162247096352627_703277097927196659_n

Pemain Perak FC bertemu dengan penyokong selepas tamat perlawanan. — Facebook/Perak Football Club

Namun, persoalan sama ada Yusri layak kekal untuk mengemudi pasukan juga terletak di tangan pengurusan.

Jika momentum The Bos Gaurus dapat dikekalkan, pasti penyokong akan berharap untuk Yusri kekal dan jika sebaliknya, maka bersedialah dengan pengganti baharu musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram