Murid sekolah tak perlu kuarantin jika terdedah Covid-19


  • Benua
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Pihak sekolah boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan saringan Covid-19 terhadap murid-murid. — Agensi

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC AS) tidak lagi akan mengesyorkan kuarantin atau program ujian untuk tinggal di sekolah atau pusat jagaan bagi individu terdedah Covid-19, kata agensi itu dalam garis panduan yang dikemas kini pada Khamis.

Agensi itu juga berkata, pihaknya tidak lagi mengesyorkan orang yang tidak divaksinasi dikuarantin selepas terdedah kepada virus kerana kira-kira 95 peratus penduduk AS sudah mengambil imunisasi, pernah menghidap Covid-19, atau kedua-duanya.

"Panduan ini menyatakan bahawa wabak itu belum berakhir, tetapi membantu kita bergerak ke tahap di mana Covid-19 tidak lagi mengganggu kehidupan seharian dengan teruk," kata saintis CDC dalam satu kenyataan.

CDC berkata, pihaknya sudah mengemas kini syornya bahawa individu terdedah Covid-19 harus memakai topeng berkualiti tinggi selama 10 hari dan melakukan ujian pada hari kelima selepas pendedahan, tanpa mengira status vaksinasi.

"Kedua-dua jangkitan dan vaksinasi sebelum ini memberikan sedikit perlindungan terhadap simptom yang teruk.

"Jadi ada logiknya untuk tidak membezakan panduan atau cadangan kami berdasarkan status vaksinasi pada masa ini," kata Dr. Massetti kepada pemberita, memetik laporan Reuters.

Panduan sekolah CDC juga membawa keluar cadangan untuk mengekalkan kanak-kanak dalam kohort bagi mengurangkan kemungkinan pendedahan Covid-19.

Walaupun agensi itu mengeluarkan cadangan ujian untuk tinggal untuk sekolah, ia menyatakan sekolah boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan saringan Covid-19.

Ia bertujuan merendahkan risiko jangkitan dalam aktiviti berisiko tinggi seperti sukan yang ada kontak rapat dan acara tahunan tertentu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram