'Tak perlu pengadil luar, panggil Subkhiddin', penyokong JDT minta FAM pertimbang cadangan


  • Podium
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Penyokong Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil sehingga mendorong mereka menimbulkan pertanyaan kepada bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Salleh. — Agensi

ISU pengadilan sememangnya tidak pernah lekang daripada menjadi topik sepanjang saingan Liga Malaysia.

Terkini, perlawanan JDT menentang Terengganu FC yang berkesudahan dengan kemenangan 2-1 kepada pasukan pelawat itu menjadi sebutan ramai.

Semuanya disebabkan insiden yang berlaku pada minit ke-76 itu menyaksikan terjahan keras pemain tengah JDT, Nathaniel Hong Wan ke atas pemain gantian Terengganu FC, Syafik Ismail tidak mendapat hukuman daripada pengadil.

Insiden tersebut menyebabkan ramai penyokong Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil sehingga mendorong mereka menimbulkan pertanyaan kepada bekas pengadil FIFA yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh.

61541462605_SubkhiddinMohdSall

Subkhiddin menggariskan lima perkara daripada ‘Laws of The Game’ yang perlu diambil kira oleh pengadil. Agensi

Menjelaskan situasi yang berlaku di dalam perlawanan tersebut, Subkhiddin menggariskan lima perkara daripada ‘Laws of The Game’ yang perlu diambil kira oleh pengadil sebelum mengambil sebarang tindakan.

Berdasarkan pengalamannya, lima perkara yang harus diambil kira pengadil adalah:

1.Tahap kelajuan dan intensity semasa melakukan cabaran

2.Di udara, di tanah atau tidak ada kesempatan untuk mengawal badan

3.Adakah cabaran melibatkan penggunaan stud semasa ianya dilakukan

4.‘Point of contact’ dan adakah ‘force’ berterusan

5.Adakah cabaran tersebut membahayakan keselamatan lawannya

297879149_1523872998043376_5108604980463925202_n

Terjahan keras pemain tengah JDT, Hong Wan tidak mendapat hukuman daripada pengadil. Facebook

Disebabkan ulasan oleh Subkhiddin itu, seorang penyokong bola sepak memuat naik satu hantaran di Facebook yang mana mahukan pengadil dari luar negara mengadili perlawanan Piala FA 2022 nanti.

"Melihat kepada pengadil perlawanan di antara JDT dan TFC pada Rabu , lebih baik perlawanan final Piala FA nanti guna pengadil dari Jepun, supaya perasaan takut itu tak wujud," tulisnya di Facebook.

Akan tetapi rata-rata penyokong pasukan Harimau Selatan membalas hantaran tersebut dalam ruangan komen Facebook mahukan Subkhiddin mengadili perlawanan tersebut kerana penjelasan yang diberikan itu.

"Tak perlu, ambil sahaja pengadil kesayangan korang itu jadi referee final Piala FA, yang jenis suka cari salah JDT, kalau tentang JDT laju sahaja buat ulasan, kata pengadil FIFA? Kenapa susah-susah nak panggil referee luar?," ujar Zairul Dzack.

"Harap jawatankuasa pengadil buat penilaian yang terbaik kepada pengadil yang benar-benar berkualiti jangan asal boleh ada lesen pengadil sahaja, perlu diteliti sebaik mungkin sebelum perkara ini lebih parah lagi," kata Bnjr Bp.

"Tak perlu guna pengadil Jepun, panggil sahaja Subkhiddin jadi referee, pasti semuanya perfect, FAM sila pertimbangkan cadangan ini," luah Alim Pirates.

Nampaknya kenyataan yang dikeluarkan oleh Subkhiddin itu tidak dapat diterima oleh segelintir penyokong JDT dan mereka mahukan beliau membuktikan kualiti yang ada padanya, bukan membuat ulasan pengadil lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram