Jika 'target' kekal digeruni, Kedah perlu ubah 5 perkara


  • Podium
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

KDA FC kini sedang bergelut untuk mencari kemenangan dan mendapat kritikan penyokong. — Facebook/KDA FC

HANYA satu kemenangan dalam lima perlawanan Liga Super dan gagal mara ke peringkat akhir Zon Asean Piala AFC.

Kedudukan Kedah Darul Aman (KDA FC) kini dianggap goyah oleh penyokong dan ramai yang mahukan perubahan dilakukan terutamanya untuk kekal bersaing pada musim depan.

Di awal liga, KDA FC antara pasukan yang digeruni namun perkara itu seakan tidak lagi relevan dengan prestasi sekarang.

Ada lima perkara yang perlu diteliti Sang Kenari untuk terus kekal menjadi antara pasukan yang digeruni.

Pilih jurulatih miliki DNA KDA FC

KDA FC memang dikenali dengan corak permainan ala tiki taka dan jurulatih yang sepatutnya memimpin pasukan perlu mempunyai DNA sama.

Antara jurulatih yang bersesuaian adalah Luis Milla yang juga bekas pemain Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

luis_milla_thumnail-169

Luis Milla antara jurulatih yang mempunyai kelebihan dalam corak permainan tiki taka. — Agensi

Milla juga sebelum ini pernah menjadi jurulatih skuad bawah 23 (B23) Sepanyol dan B23 Indonesia.

Pemilihan Milla yang mempunyai DNA hampir sama KDA FC pasti akan mempercepatkan lagi proses meningkatkan mutu permainan pasukan.

Jangan sekat jurulatih

Satu perkara yang perlu dilakukan KDA FC adalah untuk tidak menghalang jurulatih baharu melakukan perubahan yang diinginkan.

Malah, beri kebebasan untuk jurulatih itu membentuk pasukannya sendiri sama seperti apa yang dilakukan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

286953920_443550160939673_4758680989620144126_n

Aidil Sharin Sahak (baju hitam) akan kekal bersama KDA FC hingga penghujung musim. — Facebook/KDA FC

Pasukan kejurulatihan ini penting untuk membentuk satu kumpulan yang selesa untuk sama-sama bekerja.

Naik taraf fasiliti kejurulatihan

Pasukan JDT sudah membuktikan yang fasiliti latihan yang lengkap antara kunci kekuatan mereka.

Begitu juga dengan KDA FC yang memerlukan fasiliti lebih lengkap untuk digunakan pemain dan jurulatih.

Selain itu, jurulatih kecergasan juga perlu dipilih dalam kalangan pakar dalam pelbagai selok belok berkaitan bola sepak, sekali gus tahu apa yang diperlukan pemain bagi setiap posisi mereka.

Pembangunan bakat muda

Pembangunan bakat muda adalah sesuatu yang perlu ditekankan KDA FC untuk terus mewujudkan pemain baharu dalam pasukan.

298266438_482692647025424_4160140670557811208_n

Fayadh Zulkifli antara anak jati Kedah. — Facebook/KDA FC

Buktinya sudah ada. Fayadh Zulkifli adalah pemain yang dibentuk Kedah sejak dari muda lagi dan kini menjadi pemain tempatan kedua dengan jumlah jaringan gol terbanyak.

Permainan dengan DNA Kedah perlu diterapkan sejak usia muda pemain untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat apabila beraksi di Liga Super.

Pemilihan jurulatih yang mempunyai falsafah sama dengan skuad utama juga sangat penting.

Keserasian bukan alasan

Ramai yang selalu meletakkan keserasian sebagai antara alasan untuk menentukan kemampuan sebenar sesebuah pasukan.

Namun, Sri Pahang sudah membuktikan perkara sebaliknya kerana mereka mempunyai gabungan pemain muda dan senior yang tidak mencapai prestasi baik ketika bersama jurulatih lama.

Namun, kemasukan Datuk Dollah Salleh telah mengubah semuanya dan kini pasukan itu menjadi tumpuan dalam Liga Super. Tiga kali menang berturut-turut.

PETALING JAYA, 9 Ogos -- Pemain Sri Pahang FC, Andres Steven Rodriguez Ossa (kiri) dan Manuel Federico Hidalgo Gasparini (kanan) setelah berjaya membolosi gawang gol PJ City FC pada perlawanan Liga Super menentang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.Keputusan semasa, PJ City FC 0-2 Sri Pahang FC.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sri Pahang kembali menjadi pasukan yang digeruni selepas bertukar jurulatih. — Facebook/Sri Pahang

Ini membuktikan yang jurulatih memainkan peranan penting dalam membentuk prestasi sesebuah pasukan.

Sebagai persiapan untuk menghadapi liga musim depan, KDA FC perlu melakukan transformasi dan pengurusan juga perlu bersedia untuk melakukannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram