ISU jalan berlubang dan kerosakan jalan raya yang teruk bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah kes kematian juga boleh terjadi akibat laluan yang tidak rata.
Tidak dinafikan sesetengah laluan mungkin akan mengalami sedikit kerosakan akibat proses naik taraf yang dilakukan pihak penguatkuasa, namun isu ini seharusnya tidak dipandang ringan kerana nyawa pengguna laluan itu berada dalam bahaya.
Situasi ini boleh digambarkan menerusi perkongsian video di laman Facebook yang memaparkan keluhan netizen terhadap isu jalan berlubang yang dikatakan sering mengakibatkan kerosakan kenderaan.
Rakaman berdurasi 2 minit ini diambil di laluan susur keluar Tol Juru dari utara ke Autocity Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengai.
Video tersebut menjelaskan betapa teruknya keadaan jalan raya di situ yang difahamkan sudah berlarutan sejak berbulan lamanya.
"Kereta sampai melambung-lambung, kalau motorsikal jalan malam kawasan sini kan bahaya.
"Kalau nak buat jalan buat betul-betul, kalau tak nak baik tak payah buat," ulas si perakam video tersebut.
Menerima 19,000 jumlah tontonan dan 616 tanda suka di Facebook, video ini nyata menerima komen daripada pelbagai pihak yang rata-ratanya berbaur rungutan dan kemarahan.
Ku Nuranis Nabilah berkata: "Jalan ni memang banyak kali kena menyumpah dengan aku, lingkup kereta kalau malam habis patah rim terjun lubang, baik korek buat parit je semua tak boleh lalu."
Zaidah Mohd Zain menambah, "Jalan teruk sangat..awat JKR tak tau ka jalan camni..bahaya untuk motosikal dan boleh jem, situ laluan orang nak ke tempat kerja mesti nak cepat, minggu lepas lalu jalan ni jem saja..cepatlah buat tindakan untuk kemudahan bersama."
Turut mengundang kerosakan pada kereta, ada yang meluahkan bahawa kenderaan miliknya pernah rosak akibat laluan berlubang di situ.
Mohamad Ridwan pula berkata: "Kereta aku sampai pecah bumper depan lalu jalan berlubang situ."
Spark aja turut menambah, "Barang-barang kereta kalau rosak, rim bengkok takda siapa pun nak ambik tahu." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram