Selangor perlukan DNA Harimau Malaya untuk kekal relevan dalam Liga Super


  • Podium
  • Rabu, 10 Ogos 2022

Michael Feichtenbeiner bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad The Red Giants. — Facebook/Selangor FC

SELEPAS pencapaian yang kurang memberangsangkan, Selangor FC akhirnya mengumumkan bahawa pengendali, Michael Feichtenbeiner bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad The Red Giants.

Meskipun tidak lagi menjadi tidak lagi menjadi ketua jurulatih, Feichtenbeiner akan terus memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak 2020.

Selangor FC dalam kenyataan pada Selasa mengesahkan bahawa pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan pihak kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian dibuat.

Buat sementara waktu, tugas sebagai ketua jurulatih interim akan diberikan kepada pembantu jurulatih iaitu Nidzam Jamil sehingga tamat musim 2022.

Tidak dapat dinafikan ramai penyokong yang cukup berpuas hati dengan pengumuman dari laman rasmi Selangor FC itu sehinggakan ada yang mencadangkan agar skuad Gergasi Merah menerapkan DNA pasukan kebangsaan pada musim depan.

WhatsApp Image 2022-08-09 at 8.14.48 PM

Pan-gon diberi pujian selepas melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023. — Facebook/FAM

Penyokong The Red Giants, Muhammad Tarreq Ziad antara yang memberi pendapat bahawa jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon merupakan contoh ciri-ciri pengendali yang baik untuk dijadikan contoh.

Baginya, Selangor FC perlu berjumpa dan meminta pendapat dengan jurulatih Korea Selatan itu untuk mencari jurulatih yang konsisten dalam memburu kemenangan buat skuad Gergasi Merah.

“Sekadar cadangan, mula scout jurulatih dari sekarang. Jurulatih Kim Pan-gon tu bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan, dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Bola Sepak Korea Selatan juga sebelum sandang jawatan sekarang.

“Buatlah lawatan muhibah ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minta cadangan jurulatih yang boleh terapkan DNA pasukan kebangsaan ke kelab sekarang. Tengok Harimau Malaya sekarang, cantik saja main possession dengan pressing,” cadangnya.

Malah, dia juga mencadangkan supaya pihak pengurusan Selangor boleh membuat kerjasama dengan pasukan dari Liga Korea bagi mendapatkan nasihat mengenai pembangunan kelab.

Sign awal sikit jangan tunggu tahun depan baru nak sign, ini sign pemain dulu baru sign jurulatih. Semoga bermanfaat,” katanya.

“Betul saya sokong.. skuad sekarang antara skuad Tan Cheng Hoe...tapi apabila Kim Pan-gon ambil alih, intensiti permainan jadi lain., yang lebih mantap....lawan...tak macam dahulu kala...corak permainan moden..kena laju pantas tepat...sila ambil ketua jurulatih dari Asia Timur..buat masa ini..belajar dari kesilapan berulang,” ujar Aril yang turut bersetuju dengan pendapat Muhammad Tarreq Ziad.

WhatsApp Image 2022-08-09 at 8.14.11 PM

Cheng Hoe menjadi antara nama yang diharapkan oleh penyokong untuk mengendali Selangor. — Facebook/FAM

Dalam pada itu, selain jurulatih DNA Kim Pan-gon, penyokong Selangor juga mengharapkan agar bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe bakal mengemudi Gergasi Merah musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram