SUASANA riuh di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada perlawanan Terengganu FC menentang 'Gergasi Merah' pada Sabtu sememangnya antara punca kejayaan pasukan tersebut.
Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala FA menerusi sepakan penalti dengan kiraan 4-2, Terengganu FC nyata tidak mensia siakan-sokongan padu para penyokong yang hadir ke stadium.
Boleh memuatkan sehingga 40,000 jumlah penonton secara keseluruhan, sokongan padu penyokong tuan rumah dilihat seakan-akan melebihi daripada jualan tiket yang terjual sehingga ada yang berpendapat mungkin ada penyokong 'luar'.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu boleh memuatkan 40,000 orang penonton dalam satu masa. — Agensi
Menyokong kenyataan di atas, video yang tular di Facebook ini melihatkan beberapa penyokong tuan rumah seperti menceroboh masuk ke dalam stadium tanpa tiket yang sah sekali gus memyumbang pada sokongan padu buat pasukan Terengganu FC.
Meskipun seramai 400 pegawai dan anggota polis telah ditugaskan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semasa perlawanan tersebut berlangsung, kawalan dan pemantauan yang longgar di setiap pintu masuk masih lagi menjadi punca berlakunya permasalahan ini.
Menerima pelbagai reaksi dan pendapat di laman Facebook, Mohd Armin Azam antara yang memberikan komen berkenaan situasi berkenaan.
"Kalau tengok dekat tangga semua tempat berjalan kaki dalam stadium penuh dengan orang, patutnya tempat tu semua orang tak boleh duduk sebab terlampau padat,"katanya.
Seorang lagi penyokong Terengganu FC, Muhammad Nizam turut menambah isu keselamatan yang lemah menjadi punca masalah ini masih berlarutan.
"Kawalan keselamatan yang lemah, mujur menang kalau tak habis dibakarnya stadium tu nanti," katanya.
Berjaya melangkah ke peringkat akhir, Terengganu FC bakal membuat perhitungan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada 14 Mei berkemungkinan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram