'Kalut la team lawan nak kawal,' Harapan penyokong JDT di final Piala FA


  • Podium
  • Ahad, 07 Ogos 2022

JDT meneruskan kemaraan ke final Piala FA selepas menundukkan Penang FC. — Bernama

PERTEMBUNGAN epik final Piala FA sudah tertulis apabila dua kelab gergasi, Johor Darul Takzim dan Terengganu FC (TFC) bakal bersua untuk menentukan siapa bakal menjulang salah satu piala berprestij di Liga Malaysia (Liga M) itu.

JDT yang terlebih dahulu mengesahkan tempat di perlawanan akhir Piala FA pada Jumaat selepas menundukkan Penang FC dengan keputusan 6-1 manakala TFC menumpaskan Selangor FC menerusi sepakan penalti dengan kiraan 4-2 dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu.

Di sebalik kemaraan tersebut, satu perkara yang menjadi perhatian adalah kelibat pemain baharu JDT, Jordi Amat yang masih belum membuat penampilan sulung bersama Harimau Selanta.

Malah ramai peminat termasuk penyokong lawan mahu melihat sendiri aksi pemain yang pernah merantai bintang dunia, Cristiano Ronaldo ketika beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea.

Meskipun baru sahaja didaftarkan sebagai pemain import JDT, sentuhan Jordi Amat dijangka mampu memeningkan jentera serangan pasukan lawan di final Piala FA nanti sekiranya pemain itu diturunkan.

Jordi Amat JDT

Jordi Amat dijangka membuat kemunculan di perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC. — Agensi

Menerima pelbagai reaksi dan komen daripada penyokong, rata-rata tidak sabar untuk menyaksikan kekebalan pertahanan pemain naturalisasi Indonesia itu.

"Team lawan tak habis pening lagi nak baca taktikal coach Hacktor Bidoglio, dah muncul pula si Jordi Amat.. kalut la pasukan lawan," ujar Jamuna Mat Noor.

Seorang lagi penyokong pasukan JDT, Raziman Aziz berpendapat pasukan JDT tidak mempunyai masalah untuk meraih kemenangan di final nanti.

"Dengan adanya Jordi Amat di Final, JDT akan menang 5-0 dengan Terengganu FC nanti," katanya di laman Facebook.

Untuk rekod, Jordi Amat merupakan pemain termahal di Liga Malaysia (LIga M) dengan nilai RM4.5 juta atau lebih tepat 1 juta Euro diikuti rakan sepasukannya, Fernando Forestieri (RM4 juta) dan pemain Selangor FC, Hyuri Henrique (RM2.5 juta). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jordi Amat, JDT, Final Piala FA