'Depa seronok enjoy kalah pun tak apa,' Penyokong lebih rela tengok budak Piala Presiden jumpa JDT


  • Podium
  • Isnin, 01 Ogos 2022

Penyokong Penang berasa sangat kecewa dengan persembahan yang ditonjolkan oleh para pemain. — Facebook/Penang FC

MALAM yang cukup memeritkan buat Penang FC selepas tewas 2-3 kepada Sarawak United dalam aksi Liga Super di di Stadium Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad, apatah lagi apabila dibolosi pada minit-minit akhir.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu, pemain import Sarawak United, Gonzalo Soto berjaya menolak masuk bola ke dalam gawang gol pasukan tuan rumah selepas Khatul Anuar gagal menepis bola keluar.

Skuad Harimau Kumbang terkejut dengan jaringan awal yang dilakukan oleh pasukan pelawat apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-5 melalui Nor Azizi Ramlee hasil rembatan jauh luar kotak penalti.

Kemudian, Sarawak United menggandakan kedudukan kepada 2-0 dengan gol Uche Agba pada minit ke-28.

Walaupun pasukan Penang FC berjaya menyamakan kedudukan hasil dua jaringan gol oleh Lucas Silva pada minit ke-17 dan ke-30 tapi Sarawak United lebih bertuah untuk menewaskan Harimau Kumbang pada minit akhir perlawanan menerusi Gonzalo pada minit ke-84.

296091564_475634864389319_1152540233929292079_n

Pasukan Penang gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan liga. Facebook/Penang FC

Susulan daripada kekalahan itu, menerusi sebuah video oleh laman Facebook Penang Brotherhood, penyokong Penang FC meluahkan rasa ketidakpuasan hati kepada pasukan Penang serta pihak pengurusan dengan laungan chant di luar stadium selepas perlawanan.

Insiden tersebut juga menarik minat Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Datuk Norazmi Mohammad Narawi, untuk turun berjumpa penyokong Penang FC bagi mendengar pendapat dan luahan daripada mereka.

Menerusi video tersebut penyokong Penang FC berasa sangat kecewa dengan persembahan yang ditonjolkan oleh pemain-pemain yang seolah-olah tidak bersemangat dan hanya memikirkan tentang gaji sahaja.

"Pemain sekarang seperti tidak kisah tentang prestasi pasukan walaupun kalah, lebih-lebih lagi musim ini tiada penyingkiran yang mereka fikir cukup 25 hari bulan pergi ATM cucuk duit dapat gaji.

"Depa (pemain) seronok, kalah pun tak apa. Depa dah mula cari pasukan lain, nak runding. Depa akan salahkan pengurusan dan coach, tetapi mereka sendiri yang main teruk.

"Kalau main macam ini, lebih baik jumpa JDT nanti turunkan pemain-pemain muda biar mereka didedahkan dengan perlawanan yang kompetitif dengan suasana stadium yang besar daripada beri peluang kepada pemain yang tiada hati," kata salah seorang penyokong Penang FC dalam pertemuan itu.

Malah Norazmi juga tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap prestasi skuad Harimau Kumbang dan bersependapat dengan luahan penyokong.

"Hampa (Kamu semua) kecewa, saya pun kecewa. Saya pun penat!" balasnya kepada penyokong.

Di ruangan komen Facebook pula, rata-rata penyokong Penang memberikan pelabagai reaksi dan ada juga yang mahukan pihak pengurusan melakukan rombakan pada musim hadapan jika tidak mahu jadi pasukan belasahan.

"Pecat sahaja Coach Zainal penyokong bola sepak Malaysia ini semua dah maklum kualiti taktikal dia tak boleh pakai," luah Amirul Iskandar.

"Ambil pemain kualiti Liga Premier selepas itu nak lawan pasukan Liga Super macam mana nak menang kalau macam itu," jelas Aidi Aziz.

"Main macam orang tak reti main bola sepak, dengan Sarawak pun jadi lauk, ini nak jumpa JDT mahu jadi tomyam terus," kata Manlossi Patnam.

"Musim depan 18 pasukan, kalau pihak pengurusan tak buat sesuatu memang tahun depan pasukan Penang jadi team belasahan sahajalah," ujar Mohd Mursyid.

Sebelum ini pasukan Penang gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan liga dan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan kini meduduki tangga tercorot dalam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram