
KEKALAHAN 0-1 Negeri Sembilan FC ke atas Sabah FC pada 3 Julai lalu semestinya bukan suatu pengakhiran buat skuad Hobin Jang Hobin.
Perlawanan itu juga menyaksikan Negeri Sembilan mengumpul 20 mata selepas 12 perlawanan, sekali gus berada di tangga ketiga dalam kedudukan Liga Super.
Dalam perlawanan seterusnya, Negeri Sembilan bakal bertemu Terengganu FC di laman sendiri pada Khamis.
K Devan mengakui Terengganu sebagai pasukan kuat.
Meskipun mengakui Terengganu sebagai pasukan kuat, pengendali Negeri Sembilan, K Devan berkata, skuadnya juga telah mempersiapkan diri untuk bertemu Sang Penyu dari segi fizikal dan taktikal.
"Mereka (Terengganu) kebiasaannya boleh ditetapkan sebagai pasukan teratas di saingan Liga Super dengan mempunyai pemain import dan lokal yang begitu baik sekali," katanya ringkas kepada Majoriti.
Terdahulu, jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain berkata, aksi suku akhir Piala FA bersama Kuching City pada Sabtu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap mudah.
Beliau berkata, tekanan tinggi mula dirasai oleh pemainnya selepas para penyokong sudah tentu mahukan pasukan kesayangan mereka mara ke pusingan seterusnya.
Dalam perlawanan itu, Terengganu membenam Kuching City 4-1.
Terengganu kini berada di tangga keenam dalam Liga Super menerusi enam kemenangan daripada 10 perlawanan serta berjaya mengumpul 16 mata— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram