Menjelang aksi Sabah-TFC, 4 pemain bakal curi tumpuan


  • Podium
  • Selasa, 19 Jul 2022

Aksi Liga Super Sabah-TFC di Stadium Likas dijangka cukup sengit malam ini. — Agensi

MENJELANG aksi tertunda minggu kelapan saingan Liga Super 2022, perlawanan yang bakal diberi tumpuan kali ini membabitkan pasukan Sabah FC menentang Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa malam.

Apa yang menarik, kedua pasukan ini sedang berada dalam prestasi tersendiri yang pastinya memberi suatu cabaran sengit sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, lapor Semuanyabola.

Walaupun tewas pada perlawanan baru-baru ini, Sabah dilihat berjaya mempamerkan aksi sengit ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dan kini menjadi antara lawan yang sukar untuk dikalahkan dalam saingan liga domestik.

Sementara itu pasukan Terengganu pula, tampil dengan momentum terbaik apabila berjaya mencatat kemenangan dua kali di laman sendiri untuk mengetepikan cabaran Kedah Darul Aman FC (KDA) menerusi aksi yang sangat cemerlang.

Pada perlawanan malam ini, ada 4 pemain yang bakal diberi tumpuan berdasarkan aksi cemerlang mereka yang dilihat sangat menonjol bersama pasukan masing-masing.

1678669

Berbekalkan larian deras, skil kawalan bola yang baik, serta ketajaman di hadapan gol, jelas Faisal kini berada dalam momentum terbaik. Agensi

1. Faisal Halim

Pemain kebangsaan ini menjadi antara watak penting dalam stratergi serangan Terengganu menerusi kelebihan yang dimilikinya.

Berbekalkan larian deras, skil kawalan bola yang baik, serta ketajaman di hadapan gol, jelas Faisal kini berada dalam momentum terbaik untuk terus mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Gandingan dia bersama Faiz Nasir setakat ini dilihat berjaya untuk memberi nilai tambah dari segi sudut kreativiti Terengganu dalam penghasilan gol.

oriKpah_Sherman_1650585710

Kpah beraksi dengan baik bersama mana-mana gandingan diletakkan Nafuzi dalam setiap perlawanan. Agensi

2. Kpah Sherman

Kpah bukan lagi nama asing dalam dunia bola sepak tempatan apabila dia sentiasa konsisten dalam mana-mana pasukan diwakili sejak awal penyertaaan dirinya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama PKNS FC.

Musim ini dia menjadi taruhan utama buat Nafuzi Zain sebagai penyerang utama yang mana Kpah beraksi dengan baik bersama mana-mana gandingan diletakkan pengendali tersebut dalam setiap perlawanan.

Aspek fizikal dan kualiti penyudah yang ada pada Kpah tidak perlu dipertikaikan lagi, dan musim 2022 sekali lagi menjadi tahun terbaik buat pemain ini kekal konsisten meledak gol, serta tampil selaku salah seorang penyerang mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak tempatan.

955DFE93-3DE2-40D6-9269-AA003ADC992D

Tae-su juga sudah meledak dua gol berturut-turut dalam dua aksi sebelum itu ketika menentang Negeri Sembilan dan JDT. Agensi

3. Park Tae-su

Pemain dari Korea Selatan ini sudah beraksi dengan cukup lama bersama Sabah sejak 2019 dalam saingan Liga Premier.

Kesetiaannya bersama Sabah nyata memberi suatu hasil yang pastinya akan dikenang pemain tersebut sampai bila-bila apabila tahun ini dilihat Tae-su sedang menikmati musim terbaiknya bersama pasukan menerusi aksi terbaik diberikan.

Pemain serba boleh ini boleh beraksi selaku pertahanan dan pemain tengah serta memiliki kualiti sepakan jarak jauh tepat, kawalan bola yang baik, serta kreatif mengatur serangan dari bawah.

Tae-su juga sudah meledak dua gol berturut-turut dalam dua aksi sebelum itu ketika menentang Negeri Sembilan dan JDT, dan pastinya memberi motivasi terbaik buat Tae-su untuk berdepan Terengganu.

khairul-fahmi

Khairul Fahmi jelas banyak menghampakan serangan JDT menerusi aksi penyelamatan dibuatnya yang sangat tangkas sepanjang permainan berlangsung. Agensi

4. Khairul Fahmi Che Mat

Penjaga gol utama Sabah ini sedang berada dalam prestasi terbaiknya pada musim 2022 menerusi aksi konsisten beliau bersama pasukan.

Khairul Fahmi bukan lagi satu asing dalam negara dan masih boleh dikatakan sebagai antara penjaga gol terbaik dalam saingan liga tempatan musim ini.

Aksi lalu sewaktu berdepan JDT, Khairul Fahmi jelas banyak menghampakan serangan JDT menerusi aksi penyelamatan dibuatnya yang sangat tangkas sepanjang permainan berlangsung.

Selain cekap menjaga gawang gol, Khairul Fahmi juga mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang bagus apabila dia lantang dalam memberi arahan buat para pemain lain ketika situasi bertahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram