Penyakit takut 'membaziaq' punca pemain lokal kena 'perap'


  • Podium
  • Selasa, 26 Jul 2022

KEMAMPUAN jurulatih untuk tidak bersikap pilih kasih diragui. — Facebook/ JOHOR Southern Tigers

KEPUTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan setiap pasukan mengambil sembilan pemain import menerima reaksi yang kurang menyenangkan daripada pelbagai pihak.

Rata-rata meragui kemampuan jurulatih setiap pasukan untuk bertindak adil dalam sistem penggiliran pemain terutama apabila kemenangan adalah misi utama mereka.

Bukan tidak yakin dengan pemain tempatan, namun secara logiknya, pelaburan yang telah dibuat ke atas pemain-pemain import ini haruslah diperah habis-habisan.

Pemerhati sukan, Zainal Abidin Rawop skeptikal dengan cadangan Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O' Denell yang mahu pemain tempatan sahut cabaran untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Satu pandangan yang menarik perhatian saya adalah daripada pengarah teknikal FAM yang mahu pemain tempatan sahut cabaran.

Zainal khuatir pemain tempatan akan dipinggirkan nanti. — Majoriti

"Kalau dalam satu-satu team dah ada pemain import, adakah jurulatih akan memberikan ruang kepada pemain tempatan untuk bermain dalam perlawanan.

"Perkara ini tidak pernah berlaku sejak 1989 lagi. Tiada siapa yang berani mengetengahkan pemain tempatan selagi mereka ada pemain import.

"Bagus tak bagus pemain import diletakkan ketepi, kerana kalau tidak digunakan pemain import ini, nanti dianggap membazir pula," katanya menerusi satu temu bual bersama Radio Zayyan.

Terdahulu, MFL mengesahkan setiap pasukan dibenarkan mengambil sembilan pemain import tetapi hanya lima pemain import beraksi di atas padang manakala seorang lagi pemain berada di bangku simpanan mengikut peraturan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan bergantung kepada kesesuaian dan percaturan pasukan masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram