'Nasib Kunanlan? Kita tunggu laporan MC dulu' — FAM


  • Podium
  • Khamis, 21 Jul 2022

Aksi Kunanlan menumbuk Azzizan pada minit ke-29 gagal dikesan pengadil. — Majoriti

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti laporan daripada Kommisioner Perlawanan (MC) sebelum memutuskan nasib bek kanan Johor Darul Takzim, S. Kunanlan yang dikesan menumbuk pemain Penang FC, Azzizan Nordin pada Aksi Liga Super, Rabu.

Insiden yang berlaku pada minit ke-29 tersebut dilakukan ketika sepakan percuma Penang FC tetapi gagal dikesan oleh pengadil perlawanan.

Di media sosial, seorang peminat sukan tanah air, Sharuddin mrenyarankan agar tayangan perlawanan dilihat lebih awal kerana berkemungkinan terdapat provokasi dari pihak Penang FC.

"Insiden Kunalan tu kena tengok awal lagi. Pihak lawan dah paut leher dia dulu. Provokasi untuk dapat penalti," katanya.

Bagaimanapun, insiden tersebut tidak berlarutan selepas pemain berusia 35 tahun itu dilihat bersalaman dengan Azzizan.

kunalan

Tangkap layar seorang peminat sukan bola tempatan yang mahu insiden tersebut diteliti.— Majoriti

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan melakukan prosedur sama seperti kes-kes yang lain sebelum nasib Kunalan ditentukan.

"Perkara ini baru berlaku semalam (Rabu). Kita akan tunggu laporan daripada MC untuk menilai sekiranya perkara perlu dibawa ke jawatankuasa tatatertib,"katanya.

Sebagai rekod, Kunanlan diturunkan buat kali pertama pada musim ini selepas hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang saingan Liga Super.

Kemenangan JDT mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan 29 mata serta mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan setakat ini.

Manakala Penang FC kekal di tangga tercorot liga dengan tujuh mata selepas 12 perlawanan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram