Selain Sri Pahang, 3 kelab gergasi jadi sasaran legenda Singapura


  • Podium
  • Jumaat, 15 Jul 2022

V Sundramoorthy (kiri) dan Fandi Ahmad (kanan) dijangka mengemudi kelab tempatan.

SUSULAN prestasi kurang memberangsangkan Sri Pahang FC sejak awal musim, nasib pengendali pasukan itu, Christopher Gamel menjadi samar.

Difahamkan, dua jurulatih dari Singapura sama ada Fandi Ahmad atau V Sundramoorthy bakal menggantikan tempat Gamel yang dikhabarkan akan meninggalkan kelab itu melalui persetujuan bersama.

Selain Sri Pahang FC, kedua-duanya dijangka menerajui Perak FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Selangor FC masing-masing bagi menggantikan Yusri Che Lah, Aidil Sharin Sahak dan Michael Feichtenbeiner, berikutan prestasi ketiga-tiga pasukan itu yang juga dilihat kurang memberangsangkan.

Yusri diberi jaminan oleh pemilik kelab itu untuk terus kekal bersama Bos Gaurus walaupun Perak kini menghuni tangga tercorot Liga Super manakala Aidil juga kelihatan goyah mempertahankan kedudukannya walaupun cemerlang dalam kempen Piala AFC.

gamel1704_1650170901

Gamel dilaporkan semakin hampir meninggalkan Sri Pahang FC.

Namun prestasi Kedah dalam saingan Liga Super kurang menyenangkan peminat, apatah lagi skuad Sang Kenari ditunjukkan jalan keluar Piala FA apabila tunduk 0-1 kepada Terengganu minggu lalu.

Sementara itu, Feichtenbeiner juga boleh dikatakan berada di hujung tanduk selepas falsafah DNA Jerman yang ingin diterapkan bersama sang Gergasi Merah menemukan jalan buntu.

Kemuncaknya dapat dilihat ketika Selangor ditundukkan Melaka United dalam aksi Liga Super tetapi kemenangan dalam saingan Piala FA menumpaskan KL City memberi sedikit talian hayat buat jurulatih kelahiran Jerman itu.

Aidil Sharin

Aidil cemerlang dalam kempen Piala AFC tetapi hambar di saingan Liga Malaysia.

Untuk rekod, Fandi Ahmad merupakan pengurus bola sepak dan bekas pemain Singapura.

Semasa kerjayanya, beliau memegang posisi sebagai penyerang dan pemain tengah.

Selain bersama Singapura FA, beliau juga pernah bermain untuk pasukan Kuala Lumpur FA dan Pahang FA bagi kejohanan Piala Malaysia dan memenangi ketiga-ketiganya.

Malah, beliau juga pernah mendapat Kasut Emas pada 1988.

Fandi juga bermain untuk Niac Mitra iaitu kelab dari Indonesia, Groningen dari Belanda serta kelab Singapura, Geylang United dan SAFFC.

Yusri Che Lah's side have been defeated in all their matches.

Yusri Che Lah masih mendapat kepercayaan pemilik baharu Perak FC.

Sementara itu, V Sundramoorthy merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Singapura yang bermain pada 1980-an dan 1990-an, selain disebut-sebut sebagai salah seorang pemain bola sepak negara berkenaan yang paling mahir dan berbakat.

Beliau ialah pengarah teknikal semasa bagi pasukan bola sepak kebangsaan Laos.

Beliau melatih LionsXII, sebuah pasukan yang berpangkalan di Singapura yang bermain dalam Liga Super Malaysia.

Selepas melatih Negeri Sembilan selama setengah musim pada 2014, beliau kembali ke Singapura untuk menerajui Tampines Rovers selama hampir 2 tahun, kemudian berkhidmat selama 2 tahun sebagai ketua jurulatih Singapura.

Antara pencapaian membanggakan buat Sundramoorthy adalah mewakili kelab Switzerland, FC Basel pada 1988 dan merupakan pemain kedua Singapura bermain di Eropah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram