KISAH soal kerjaya Jordi Amat dalam peringkat kelab menarik perhatian banyak pihak. Antaranya ahli politik, Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang juga anggota DPR Komisi X, Syaiful Huda.
Memetik perkongsian di Instagram beliau, penggubal undang-undang yang mewakili daerah Jawa Barat VII, Kabupaten, Karawang, Kabupaten, Purwakarta dan Kabupaten bersetuju agar proses naturalisasi Jordi Amat dibatalkan.
Proses naturalisasi Jordi Amat itu bagai berada di hujung tanduk setelah tersebar khabar angin mengatakan pemain terbabit menyertai Johor Darul Takzim (JDT).
"Saya setuju naturalisasi Jordi Amat dibatalkan. Kita minta jurulatih Shin Tae Yong dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia (Kemenpora) bersikap tegas," katanya.
Pada masa sama, beliau turut memberi penekanan bahawa lebih ramai lagi pemain tempatan yang berpotensi.
"Sejak awal saya kurang setuju naturalisasi pemain terutama dalam bola sepak. Saya berasa yakin masih banyak anak muda Indonesia yang berpotensi. Hanya kita saja belum berusaha secara maksimum untuk mencari pemain-pemain handal Indonesia," tambahnya lagi.
Perkongsian itu lantas menarik perhatian wargamaya tempatan yang bersetuju dengan pandangan beliau.
Ada juga yang mengharapkan agar hanya berlaku ke atas Jordi Amat manakala tidak bagi pemain lain seperti Sandy Walsh dan Shayne Pattynama tidak terjejas.
Berita tentang Jordi Amat itu menjadi sebutan peminat bola sepak Indonesia setelah pemilik JDT, Tunku Ismail Ibrahim mengesahkan Jordi Amat ke penyandang juara Liga Super itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram