TIRAI jendela perpindahan kedua pemain dalam saingan Liga Malaysia 2022 yang berakhir pada Jumaat dilihat hambar dan suram.
Perkara tersebut diakui oleh bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang tidak melihat mana-mana pasukan memiliki barisan pemain baharu yang terbaik selepas jendela perpindahan kedua itu dilakukan.
Tambahan pula, katanya, perpindahan kedua itu dilihat seolah-olah kitar semula atau recycle pemain-pemain yang sama.
"Semua (pasukan) biasa-biasa. Kedah dan Perak biasa-biasa.
"Negeri Sembilan pun sama je dengan yang lama. Tak perform pun," katanya kepada Majoriti.
Namun, katanya, setiap pasukan semestinya mahukan perkembangan setelah mengenal pasti pemain-pemain import yang tidak memberangsangkan supaya ditukarkan.
"Expectation tu sudah tentu semua team mahu upgrade team masing-masing. Tapi, kalau sekarang beberapa perlawanan yang kita tengok tu tak nampak ia berhasil," katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan, tirai perpindahan kedua pemain dilihat sedikit hambar apabila tidak banyak pasukan membuat pertukaran pemain baharu kali ini.
Ia turut ditambah dengan nilai pemain import agak rendah berbanding awal musim.
Laporan turut menyebut, tidak banyak pembelian pemain import baharu dibuat oleh pasukan baik dari Liga Super atau Liga Premier.
Tirai perpindahan tersebut yang dibuka pada 28 Mei lalu sebelum ditutup Jumaat, namun nilai pembelian pemain import secara keseluruhan hanya mencatat RM1 juta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram