‘Tak guna Selangor gilap ubi muda, nanti kena rembat kelab lain macam JDT juga’


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jun 2022

Antara aksi pemain ketika Selangor FC menentang JDT pada Jumaat. — Selangor FC

KEMENANGAN besar Johor Darul Takzim (JDT) 5-1 ketika menentang Selangor FC sudah tentu mengecewakan para penyokong The Red Giants dalam perlawanan Liga Super pada Jumaat.

Kemenangan besar itu juga menyaksikan JDT yang telah mengharungi tujuh perlawanan kembali merampas teraju liga daripada Sabah FC, dengan 19 mata - satu mata di depan Sabah FC yang lebih satu perlawanan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Pit Tern berpendapat bahawa sudah tiba masanya Selangor FC untuk tidak memfokuskan pasukan itu sebagai pembekal pemain, sebaliknya penyokong Gergasi Merah sebenarnya sudah tidak sabar untuk mendapat kejayaan segera.

Dia menyifatkan bahawa Selangor masih lagi berfikiran sama seperti zaman dahulu.

Hal ini kerana, dia menganggap pasukan itu masih lagi menggilap bakat pemain muda, sedangkan pasukan itu boleh melabur wang untuk perkara lebih baik.

"Untuk apa sebenarnya? Kalau untuk negara okaylah. Kalau untuk menang piala tak perlu sebenarnya.

"Ni develop bila okay dirembat oleh team (pasukan) lain. Jadi tak perlu develop player (pemain) ni," katanya.

Justeru, Pit Tern menyarankan Selangor supaya membeli pemain yang terbaik dari pasukan lain.

"Fikir pasal piala yang nak dimenangi. Pasal team negara pandailah Kim Pan-gon fikirkannya.

"Ikut apa yang JDT buat. Team mereka tak lahirkan player tapi beli player. Itu kalau Selangor nak piala.

"Kalau nak berniaga jual player tak perlu masuk liga buat aja Akademi Bolasepak untuk lahirkan player bermutu," katanya.

Pit Tern juga menyifatkan kekalahan Selangor itu adalah disebabkan pengurusan Selangor yang tidak bijak, tatkala bola sepak moden telah banyak berubah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram