Baru jejak kaki ke Perak, sudah pikat hati penyokong Sang Seladang


  • Podium
  • Rabu, 22 Jun 2022

Perak FC dijangka mengetengahkan corak permainan baharu bagi memberi peluang tiga pemain import baharu. — Perak FC

PEMAIN import baharu, Afolabi Sunday selamat tiba di tanah air dan disambut mesra oleh pasukannya, Perak FC.

Pemain kelahiran Nigeria itu meletakkan harapan positif agar kemasukannya mampu memberi perubahan dan menggembirakan penyokong tanah air.

sunday perak fc

Afolabi Sunday selamat tiba di tanah air dan disambut mesra oleh pasukannya, Perak FC.

"Saya sangat gembira apabila diberi peluang untuk bermain dengan Perak FC. Saya sangat menghargai kepercayaan yang diberikan peminat.

"Bukan sahaja peminat, tetapi jurulatih juga bahawa saya berjanji akan membuatkan mereka gembira dan percaya bahawa sesuatu yang baik akan berlaku kepada Perak FC.

"Saya berterima kasih kepada peminat dan mengharapkan yang terbaik kepada pasukan untuk musim ini. Saya akan cuba lakukan yang terbaik agar dapat menggembirakan kalian semua," katanya yang dipetik menerusi TBG TV di YouTube pada Rabu.

Kemasukan Afolabi Sunday dalam pasukan The Bos Gaurus dengan harapan agar mampu memboloskan diri ke Piala Malaysia.

Selain beliau, pemain lain Luciano Guaycochea dari Argentina antara yang menyertai Perak FC.

Rata-rata penyokong The Bos Gaurus di laman sosial turut menyambut baik kehadiran ketiga-tiga tonggak import baharu berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram