Masalah lambakan 'ubi'; AMD, sediakan platform atau jadi 'sejuk beku' — Pakar


  • Podium
  • Rabu, 22 Jun 2022

AMD harus menyediakan platfrom baharu untuk graduan-graduan AMD sendiri dan tidak mengharapkan projek daripada mana-mana pihak ketiga. — Facebook

AKADEMI Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) merupakan akademi bola sepak Malaysia yang ditubuhkan membawa dimensi baharu dalam bola sepak negara dengan latihan berprestasi tinggi dan pendedahan bakat di peringkat antarabangsa.

Akademi itu ditubuhkan menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang mana tujuan utama dibangunkan sebagai ekosistem dan pusat kecemerlangan sukan kepada pelajar dari seluruh negara.

AMD berjaya melahirkan ramai pemain-pemain muda bola sepak seperti Luqman Hakim, Harith Haikal, Sikh Izhan dan ramai lagi yang berjaya mendapatkan tempat di dalam kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) mahu pun luar negara.

Seorang pemerhati bola sepak Aidil Azlan di dalam Facebook, dia berasa bimbang dengan ekosistem AMD yang tidak terurus dari segi kemana perginya graduan AMD jika tiada pasukan yang ingin mengambil mereka?

"Graduan makin bertambah saban tahun, namun jumlah majikan profesional yang wujud kekal stagnant," luahnya dalam Facebook.

89855277_2927584443930647_1193780520631140352_o-800x533

Peminat berasa bimbang dengan ekosistem AMD yang tidak terurus dari segi ke mana perginya graduan selepas ini?. Facebook

Pemanas bangku simpanan

Menjadi persoalan sekarang apakah nasib lambakkan graduan AMD yang tidak dapat memikat hati mana-mana pihak 'scouting' kelab yang beraksi di dalam negara mahu pun luar negara ini?

Mengulas perkara itu, penganalisis sukan, Dr Pekan Ramli berkata, AMD berjaya melahirkan 118 graduan dari generasi pertama sehingga yang terbaharu iaitu generasi ketiga tetapi hanya segelintir pasukan sahaja yang berani mengambil pemain AMD.

"AMD hari ini sahaja dah ada 118 graduan sejak dibuka pada 2018 tetapi kebanyakkan pasukan dalam Malaysia tidak berani mengambil risiko atau pun mengeluarkan dana yang tinggi untuk mengambil pemain AMD.

"Masalah lambakan graduan terjadi pula apabila beberapa buah pasukan suka memborong pemain sehingga mereka tidak lagi mempunyai 'intention' untuk mengambil pemain keluaran AMD seterusnya kerana tiada lagi tempat dalam pasukan,"

"Tetapi bagi pandangan peribadi saya, sepatutnya pemain-pemain akademi kebangsaan ini mestilah bermain di peringkat tertinggi bukan lagi duduk di bangku simpanan atau pun bermain di dalam 'reserve' kelab," katanya pada Majoriti.

Akademi-Mokhtar-Dahari-AMD-Harimau-Muda

Graduan AMD tidak dipilih oleh kebanyakkan pasukan ialah kualiti yang dipamerkan oleh mereka tidak menepati syarat. Facebook

Kualiti

Tambahnya lagi, salah satu punca lambakan graduan AMD tidak dipilih oleh kebanyakan pasukan ialah kualiti yang dipamerkan oleh mereka tidak menepati syarat 'scouting' kelab-kelab Liga M.

"Sepatutnya pemain keluaran akademi kebangsaan mesti berkualiti, kerana ini 'reflection' sistem bola sepak negara Malaysia sebagai contoh kenapa Arif Aiman boleh pergi jauh kerana sistem yang betul.

"AMD tidak berjaya menarik minat 'scouting' dari luar negara untuk datang ke Gambang, Pahang bagi melihat sendiri kualtiti yang akademi hasilkan, semuanya hanya mengharapkan pencari bakat dalam Malaysia sahaja.

"Bagi melahirkan pemain yang berkualiti, tenaga pengajar di AMD harus mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi, bukan hanya berpangkatkan dia bekas pemain bola sepak negara," ujarnya.

AMD-960x640

Pemain AMD mendapat jemputan berlatih di luar negara. Facebook

Platform

Menurutnya lagi, AMD harus menyediakan platfrom baharu untuk graduan-graduan AMD sendiri dan tidak mengharapkan projek daripada mana-mana pihak ketiga seperti yang dilakukan bersama MSN.

"Solusi saya bagi lambakan pemain ialah, FAM, MFL dan AMD harus duduk semeja dan berbincang bagaimana untuk menyediakan satu platform untuk mereka terus berkembang dan tidak berheti di situ sahaja.

"Saya juga tidak bersetuju jika graduan AMD dipecahkan selepas mereka sudah bersama selama lima tahun, ini akan memberikan kesan dari segi corak permainan mereka.

"MFL harus mempermainkan peranan penting untuk menyokong AMD memberi peluang kepada graduan terus bermain dan mendapatkan minit permainan bersama pasukan masing-masing," ujarnya.

Sebelum ini orang ramai mula mempertikaikan AMD yang tidak mempunyai rancangan buat graduan mereka sehingga tertubuhnya projek bersama FAM-MSN untuk menubuhkan sebuah pasukan yang mana mengumpul bakat-bakat muda terpinggir di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram