PENYOKONG Sabah FC meluahkan rasa kesal atas tuduhan yang mengatakan bahawa mereka tdak menyokong pasukan setiap kali perlawanan diadakan di stadium sendiri.
Bagi mereka, tuduhan itu disifatkan tidak adil buat kerana semua penyokong Sabah sentiasa menyokong pasukan The Rhinos meskipun tidak hadir secara fizikal di stadium.
Perkara itu salah seorang penyokong, Jamil Jamali menerusi satu hantaran di Sabah Supporters Club(SSC).
Katanya, terdapat beberapa sebab kenapa ramai penyokong tidak turun padang (ke stadium) dan ia bukanlah kerana peminat bola sepak di Sabah tidak menyokong pasukan mereka.
Sabah mempunyai penyokong setia yang sentiasa hadir ke stadium.
"Pendapat saya, penyokong yang tinggal berhampiran Kota Kinabalu, Sabah mungkin lebih mudah untuk hadir ke stadium.
"Sabah ada ramai penyokong dari jauh seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kudat, Sipitang dan beberapa tempat lain yang menyukarkan mereka untuk hadir ke stadium," katanya.
Faktor ekonomi
Tambahnya lagi faktor ekonomi yang menjadikan penyokong memilih untuk berjimat dan lebih selesa menonton secara langsung di televisyen.
"Penyokong yang jauh mesti berkira-kira kos minyak kereta, sewa hotel, makan dan lain-lain.
"Jadi tidak adil kita kritik mereka ini tidak sokong Sabah," ujarnya.
Isu harga tiket
Jelasnya lagi, selain itu isu harga tiket seperti didakwa juga bukan sebab stadium tidak penuh setiap kali perlawanan.
Perkongsian itu turut disokong oleh penyokong lain yang mengatakan bahawa mereka sentiasa menyokong Sabah FC meskipun dari jauh.
Sementara itu, seorang lagi penyokong, Kurt Serpico pula mengatakan bahawa berdasarkan perlawanan terkini (Sabtu), jumlah penyokong yang turun stadium dilaporkan seramai kira-kira 6,000 orang.
Katanya, jumlah itu sebenarnya melebihi kebiasaan yang hanya mencecah 2,000 hingga 3,000 orang sahaja.
"Harap terus meningkat dari masa ke masa dengan kehadiran penyokong.
"Setiap penyokong ada peranan masing-masing, untuk yang jauh sokong dengan tengok secara langsung serta mendoakan kemenangan, yang dekat turun ke stadium," ujarnya. — Majorit
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram