Bakal sarung jersi negara, 5 kelab sesuai buat Jaami bertapak di Liga Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 16 Jun 2022

Untuk musim 2021/2022, Jaami telah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris Bawah 18 untuk Brighton. — Agensi

PEMAIN warisan negara, Jaami Qureshi sedang disebut-sebut bakal menyarung salah satu jersi Liga Malaysia (Liga M) setelah berita mengenai keberadaannya di tanah air tersebar dalam kalangan penyokong.

Bintang muda berusia 18 tahun itu dikatakan juga dilihat bersama keluarganya di Malaysia sejak dari perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu sewaktu pasukan kebangsaan menentang Turkmenistan.

Malah, bekas pemain kelab England, Brighton dań Hove Albion itu difahamkan berada di Malaysia untuk melengkapkan proses dokumentasi passportnya bagi membolehkan dia berpotensi menyarung jersi pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Jika benar Jaami bertukar angin ingin bermain di Liga M, ia akan menjadi berita baik untuk penggemar bola sepak tanah air kerana mereka akan lebih dekat untuk menilai pretasinya sebelum diserap sebagai pemain kebangsaan.

Berikut lima kelab sesuai buat Jaami mula bertapak dan sekali gus mengembangkan bakatnya di Liga Malaysia:

1) Johor Darul Takzim (JDT)

jdt

Tangkap layar
Jaami bersama Akhyar dan Sumareh. —Instagram

Kerana gambar yang dikongsikan Jaami bersama pemain JDT iaitu Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh, lagi menguatkan desas-desus Jaami berkemungkinan akan menyertai pasukan itu.

Gambar itu dimuat naik oleh Jaami menerusi InstaStory dengan ucapan tahniah kepada dua pemain atas kejayaan mereka bersama Harimau Malaya.

Acuan JDT yang berjaya mengembangkan pemain warisan seperti Corbin-On, Matt Davies, Natxo Insa dan Hong Wan merupakan contoh terbaik untuk Jaami mula menyerlah di Liga M.

2) Perak FC

Mana tumpahnya darah jika bukan di negeri kelahiran. Meskipun Jaami tidak dilahirkan di Perak namun ibunya yang berasal dari Manjoi itu menjadi alasan kuat untuk Jaami bermain bersama skuad The Bos Gaurus.

Isu kelewatan gaji pun bukan lagi menjadi masalah besar buat Perak FC kerana dengan kedatangan pemilik baharu, pasukan itu berbelanja besar membeli pemain pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Malah, Jaami yang bermain di posisi sayap kiri juga boleh bersilih ganti dengan Nazmi Ahmad untuk perlawanan di Liga Premier.

3) Kedah Darul Aman (KDA) FC

kda fc

Antara aksi dalam perlawanan antara KDA FC bertemu Perak FC. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Pasukan KDA FC yang semakin dekat dengan persaingan dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dilihat masih belum bersiap sedia.

Mana tidaknya, baru-baru ini pasukan itu dilihat gagal menjaringkan gol sewaktu perlawanan menentang Perak FC sedangkan skuad The Bos Gaurus berada di tangga tercorot dalam Liga Premier.

Jika Jaami memberikan khidmatnya untuk KDA FC, ia merupakan satu kesyukuran buat kelab itu kerana pengalaman ubi muda itu bermain bersama kelab luar boleh digunakan Sang Kenari dalam menempuh perlawanan Piala AFC.

4) Sabah FC

kim swee

Kim Swee berjaya membawa Sabah FC menduduki carta kedua dalam Liga Super. — Sabah FC

Sabah FC merupakan pasukan yang belum mempunyai sebarang desas-desus mengenai rombakan pemain pada jendela perpindahan kedua kali ini.

Mungkin Sabah FC masih merancang dengan teliti mengenai pemilihan pemain mereka dan berkemungkinan Jaami sedang dilihat potensinya oleh pengendali Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee.

Jika Jaami memilih Sabah FC sebagai kelab pertamanya di Malaysia, dia akan berpeluang untuk dilatih di bawah bekas jurulatih kebangsaan iaitu Kim Swee.

Tambahan lagi, dia juga boleh minima pengalaman sebanyak mungkin dengan pemain legenda seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Khairul Fahmi Che Mat dan Amri Yahya.

5) Negeri Sembilan (NSFC) FC

Pasukan yang sedang meningkat naik, Negeri Sembilan FC merupakan antara kelab yang sesuai untuk Jaami melebarkan sayapnya di Liga M.

Di bawah kendalian K. Devan, skuad Jang Hobin menduduki carta ketiga dalam Liga Super dengan empat kemenangan menerusi lapan perlawanan setakat ini.

Dengan kelibat Jaami dalam pasukan NSFC sememangnya membantu lagi pasukan itu menjulang kejuaraan dalam Liga Super 2022.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram