SETIAP kali muncul generasi konsol gaming baharu dilancarkan, soalan yang sering ditanyakan adalah berapa lama konsol generasi sebelumnya akan terus disokong.
Begitulah juga ketika Playstation 5 (PS5) dilancarkan, Sony sebelum ini pernah menyatakan bahawa PS4 akan terus disokong dalam beberapa tahun yang akan datang, namun tidak pernah menyatakan secara spesifik bilakah tahun tersebut.
Terkini, Sony dalam pembentangan kepada pelaburnya telah mendedahkan yang mereka merancang untuk menghentikan pelancaran permainan video untuk PS4 pada tahun 2025 (April 2024-Mac 2025).
Dalam graf yang disediakan oleh Push Square, dapat dilihat tiga graf yang membandingkan bilangan 'game' yang diterbitkan oleh mereka mengikut platform pada tiga tahun yang berbeza.
Sony merancang untuk menghentikan pelancaran game-game mereka di platfom PS4 bermula tahun 2025. — Agensi
Graf pertama, iaitu tahun 2019, memaparkan 90 peratus game Sony dilancarkan untuk PS4, manakala 10 peratus lagi untuk PC.
Graf kedua pula, iaitu tahun 2022, memperlihatkan game-game Sony dibahagikan kepada 4 jenis platform, iaitu PS5, PS5+PS4, PC dan mobile.
Graf yang terakhir pula, iaitu tahun 2025, memaparkan hanya tiga platform yang dirancang untuk penerbitan game Sony, iaitu PS5, PC dan mobile.
Gambar rajah ini sekaligus mengesahkan bahawa Sony merancang untuk menghentikan sama sekali pelancaran game-game mereka di platfom PS4 bermula tahun 2025, dan terus memfokuskan kepada platform PS5, PC dan mobile.
PS5 telah dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020. — Agensi
Memandangkan PS5 telah dilancarkan pada penghujung tahun 2020, untuk Sony menyokong PS4 sehingga tahun 2024 tentunya sesuatu yang realistik dan wajar.
Apa yang Sony perlu lakukan sekarang adalah meningkatkan produksi PS5 agar apabila tibanya 2025, para pemain keseluruhannya sudah bersedia untuk meninggalkan PS4, seterusnya berpindah ke PS5. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram