PADA 2009 hingga 2012 Liga Super mempunyai 14 pasukan yang bertanding sekali gus ketika itu kemeriahan Liga Malaysia (Liga M) tidak dapat disangkal lagi apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) juga berminat menghantar pasukan menyertai Liga M.
Ketika itu peminat bola sepak menyaksikan pasukan Kelantan FC menjadi juara Liga Super dengan diikuti Lions XII (Singapura) sebagai naib juara pasukan dan disusuli pasukan Selangor FC di tempat ketiga.
Penyokong bola sepak tanah air pernah meluahkan hasrat untuk melihat Liga Super mempunyai pasukan yang lebih banyak seperti kebanyakkan negara jiran yang mempunyai 20 buah pasukan yang terdiri daripada bandar-bandar besar di negara mereka.
Mungkin dengan kehadiran pasukan-pasukan baharu yang berasaskan komuniti, bandar atau daerah mampu menarik lebih ramai orang untuk menyaksikan Liga domestik Malaysia sekali gus akan mendatangkan nilai tambah buat Liga M.
Lions XII pernah menjadi johan Liga Super pada tahun 2013 sebelum pasukan tersebut dimansuhkan. — Agensi
Seorang peminat bola sepak Aidil Azlan di dalam Facebook, menyatakan jika kelab bola sepak tidak diwujudkan atas dasar kenegerian pasti nilai dan sokongan dalam Liga M pasti bertambah.
"Jika tidak wujud budaya kelab berasaskan sentimen kenegerian, saya yakin kita akan dapat lihat berlaku peningkatan sokongan penyokong kepada kelab beridentitikan bandar,pekan dan komuniti di Malaysia," tulisnya dalam Facebook.
Kenyataan beliau disokong oleh orang ramai kerana terbukti kualiti dan nilai Liga M semakin menurun sehingga membuatkan penyokong bola sepak tanah air tidak lagi ingin mengambil tahu perkembangan semasa bola sepak negara.
Jika kelab bola sepak tidak diwujudkan atas dasar kenegerian pasti nilai dan sokongan dalam Liga M pasti bertambah. — Facebook
"Kelab berasaskan negeri memang membunuh sokongan terhadap kelab peringkat komuniti," kata Muhammad Qayyum.
"Bila aku menetap di Selangor ini dah lama aku lebih suka kelab yang dekat rumah aku macam Tun Razak City FC dari team negeri kelahiran, kadang-kadang bawa anak kecil tengok bola Liga Sosial lebih tenang dari tengok Liga M," ujar Uzair Safwan.
"Nama negeri dah tak relevan, sedangkan TMJ sendiri pun merayu penyokong datang tengok bola dekat stadium, mungkin faktor duit membuatkan penyokong yang tinggal jauh dari stadium tidak berminat untuk datang," jelas Fadzmi Fauzi.
FIFA pernah mendapati pemain tempatan di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif dalam saingan domestik. — Agensi
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga pernah mendapati pemain tempatan di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif dalam saingan domestik.
FIFA juga mencadangkan agar saingan Liga Malaysia yang melibatkan Liga Super dan Liga Premier dijalankan secara tiga pusingan dengan setiap pasukan akan bertemu antara satu sama lain sebanyak 3 kali berbanding 2 perlawanan yang perlu dilalui ketika ini.
Langkah itu akan menjadikan jumlah perlawanan Liga Malaysia bertambah banyak berbanding 22 perlawanan yang diharungi oleh 12 pasukan Liga Super dan 20 perlawanan oleh pasukan Liga Premier. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram