Pilih pemain tiada minit permainan? Pan-gon pasti ada resipi sendiri — Azraai Khor


  • Podium
  • Rabu, 25 Mei 2022

Malaysia yang kini menduduki tangga ke-154 dunia diundi dalam Kumpulan E, turut disertai pasukan ke-89 dunia Bahrain, Turkmenistan (134) dan Bangladesh (186) — Facebook

PERSEDIAAN skuad kebangsaan bimbingan jurulatih Kim Pan-gon mendapat kritikan orang ramai kerana memanggil beberapa pemain yang dipanggil untuk membarisi skuad Harimau Malaya walaupun mereka tidak mempunyai minit permainan bersama kelab masing-masing.

Bagi mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 Jun nanti, Pan-gon telah memanggil kesemua tiga pemain naturalisasi negara iaitu Liridion Krasniqi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh.

Skuad Harimau Malaya akan menggalas cabaran sukar apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) nanti.

Malaysia diletakkan di dalam kumpulan E dan skuad Harimau Malaya merupakan pasukan ketiga yang terkuat dalam 'grouping' kali ini berdasarkan ranking semasa negara iaitu 154 dunia.

AZ 1

Azraai Khor membawa pasukan Kedah muncul juara 'treble' dua musim dalam kancah saingan liga bola sepak Malaysia pada 2007 dan 2008. Facebook

Mengulas tentang pemilihan skuad kali ini, bekas ketua jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berkata, peminat bola sepak tanah air tidak sepatutnya menganggu perancangan Pan-gon dalam membentuk skuad kebangsaan bagi mengharungi kelayakan kali ini.

"Pemilihan jurulatih kali ini mungkin untuk melihat kualiti yang ada pada pemain di mana sebelum ini mungkin Pan-gon hanya melihat dari video ataupun daripada pandangan barisan kejurulatihannya.

"Kita sebagai penyokong bola sepak tanah air sepatutnya menyokong apa jua keputusan yang dilakukan oleh beliau, kerana Pan-gon mungkin sudah ada resipi tersendiri bagi membawa pasukan ini layak ke Piala Asia 2023," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, pasukan kebangsaan sudah pasti akan menghadapi saingan sengit walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri kerana kualiti permainan yang akan ditonjolkan oleh pihak lawan.

"Di sini penyokong harus memainkan peranan dengan menyokong pasukan kebangsaan walaupun skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi buruk nanti kerana ini akan mempengaruhi corak permainan Malaysia," ujarnya.

KIM

Pan-gon mendapat kritikan kerana pemain yang dipanggil kali ini didakwa tiada minit permainan. — Facebook

Skuad Harimau Malaya perlu menghadapi pasukan ke-89 dunia Bahrain dan Turkmenistan (134) bagi menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Malaysia yang kini menduduki tangga ke-154 dunia diundi dalam Kumpulan E, yang turut disertai Bangladesh (186) dan skuad kebangsaan mempunyai sedikit kelebihan sebagai tuan rumah, akan memulakan kempen sesi kelayakan itu di SNBJ bertemu Turkmenistan pada 8 Jun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram