Brunei lawan 'tangkap muat' Harimau Malaya?


  • Podium
  • Isnin, 23 Mei 2022

Dua aksi persahabatan di SNBJ itu bakal mempersiapkan Harimau Malaya menjelang kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti. — Facebook

PENGUMUMAN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengenai siri persahabatan bagi persiapan kelayakan Piala Asia 2023 buat pasukan Harimau Malaya bertemu pasukan Brunei pada 27 Mei, telah mendapat pertikaian orang ramai.

Brunei 1

Pasukan kebangsaan Brunei telah mengantikan Myanmar bagi aksi persahabatan pada Jumaat di SNBJ. — Facebook

Pengumuman yang dilakukan oleh FAM pada Rabu (18 Mei) tentang pasukan Brunei yang mengantikan Myanmar, telah mengejutkan orang ramai apabila pengurusan FAM lebih memilih untuk menguji kekuatan dengan pasukan jiran yang berada di tangga-191 dunia itu.

Justeru, timbul khabar angin mengatakan bahawa pasukan Myanmar sebenarnya telah menolak pelawaan pasukan Harimau Malaya disebabkan ingin menghadapi persahabatan dengan pasukan yang berada di ranking lebih tinggi dari mereka iaitu Thailand dan Hong Kong.

Pemilihan Brunei sebagai pengganti pasukan Myanmar dikatakan 'tangkap muat' oleh peminat bola sepak tanah air kerana pengurusan FAM didakwa memilih pasukan yang berada di bawah berbanding kualiti pasukan kebangsaan.

WhatsApp Image 2022-05-23 at 3.53.54 PM(1)

Komen orang ramai di sosial media meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan FAM yang didakwa tidak serius bagi memilih pasukan lawan. — Facebook

Di ruangan komen Facebook pula, orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan tindakan FAM yang didakwa tidak serius dalam mempersiapkan pasukan kebangsaan bagi mengharungi kelayakan Piala Asia 2023 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jun nanti.

Menurut Stanly Albert di dalam Facebook, dia tidak tahu kenapa pasukan Myanmar yang berada di kedudukan 152 dunia menolak untuk bertemu pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan yang diadakan pada Jumaat nanti.

"Tak nak salahkan siapa-siapa, sebelum Brunei kita dah 'set' nak lawan Myanmar tapi tak tahu kenapa tiba-tiba 'cancel'. Myanmar lebih pilih nak lawan dengan Thailand dan Hong Kong.

"Mungkin sebab kalau dia kalah lawan Malaysia yang berada di ranking lebih rendah, mata mereka akan ditolak. Mungkin itu punca mereka batal perlawanan persahabatan itu, lagi pun tak semua pasukan kita jemput 'last minit' sanggup buat 'friendly match' dengan kita," dakwanya.

Akmal Hafiz pula berkata, mungkin ini merupakan perlawanan untuk mencuba muka-muka baharu yang dipanggil oleh skuad Kim Pan-gon bagi memilih pemain terbaik bagi membentuk kesebelasan utama pasukan negara.

"Ada baiknya lawan pasukan kebangsaan Brunei masa ini, mungkin Kim Pan-gon nak 'test' pemain dan taktikal dia, takkan kita nak cuba masa lawan Hong Kong mahu jadi belasahan kita nanti.

"Husnuzon sahajalah mungkin jurulatih rasa Brunei paling sesuai untuk De Paula buktikan ketajaman beliau di depan gawang, layan sahaja 'friendly' apa pun dah lama tak lawan dekat SNBJ," tulisnya.

Faiq Bolkiah

Faiq Bolkiah merupakan pemain terkaya bola sepak di dunia telah mewakili pasukan Brunei dan kini sedang beraksi bersama pasukan Chonburi FC di Thailand. — Agensi

Kali terakhir skuad kebangsaan bertemu pasukan Brunei pada tahun 2001 dengan menyaksikan pasukan Malaysia menang dengan jaringan 5-0 di dalam Sukan SEA 2001 sekali gus melengkapkan 13 kali kemenangan negara ke atas pasukan jiran itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram