Nilai pemain hampir sama, nyata percaturan Kloop dan Rangnick berbeza


  • Podium
  • Rabu, 20 Apr 2022

Salah jaring dua gol bantu kemenangan 4-0 ke atas Man United pada Rabu. — Reuters

MANCHESTER United terus dirundung malang apabila tewas buat kali kedua berturut-turut di tangan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Dua jaringan oleh Mohamed Salah, Luis Diaz dan Sadio Mane cukup untuk merobek gawang Man United sebanyak empat kali pada Rabu.

Man United turut dimalukan di tempat sendiri apabila tewas 0-5 pada Oktober lalu.

Menurut portal Footbal 365, kesebelasan utama Liverpool bernilai 340.3 juta pound (RM1.9 bilion) manakala Man United pula adalah 398.45 juta pound (RM2.2 bilion).

Selain itu, tiga pemain simpanan Liverpool bernilai 93.75 juta pound (RM521.95 juta) mankala tiga pemain gantian Man United bernilai 73 juta pound (RM406.43).

Jika diteliti, kos membina kesebelasan utama terbaik kedua-dua pasukan hampir sama namun terdapat perbezaan daripada corak memperkukuhkan skuad antara pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan Ralf Rangnick.

Klopp menandatangani 11 pemain baharu untuk Liverpool selain mengekalkan Jordan Henderson, James Milner serta Trent Alexander-Arnold.

Skuad Man United terus bergelut dengan masalah prestasi. — AP

Rangnick pula tidak membawa sebarang pemain baharu memandangkan statusnya sebagai pengurus sementara.

Namun beliau mewarisi lapan pemain dari zaman bekas jurulatih Man United iaitu Ole Gunnar Solskjaer dan Jose Mourinho.

Man United berkemungkinan perlu mengambil masa sehingga dua atau tiga jendela perpindahan untuk memperbaiki skuad mereka.

Rangnick berkata selepas tamat perlawanan pada Rabu, Liverpool berada enam tahun di hadapan Man United dari segi prestasi.

Beliau juga menyatakan akan melakukan rombakan besar-besaran musim depan namun malangnya, komitmen untuk melakukan penstrukturan semula masih belum dilaksanakan dengan baik.

Man United juga perlu menerima kegagalan mereka sebelum memikirkan cara untuk merapatkan jurang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram