Klopp sudah beri 'hint' siapa yang akan main lawan City


  • Podium
  • Ahad, 10 Apr 2022

Klopp (tengah) terpaksa melupakan khidmat van Dijk dalam dua aksi terakhir berdepan City sebelum ini gara-gara kecederaan, namun dia dilaporkan cergas sepenuhnya malam ini. — Agensi

"AGAK ramai juga (jumlah pemain yang cergas). Kali terakhir melihat telefon pintar saya, nampaknya semua orang boleh beraksi."

Demikian kata Jurgen Klopp yang memberikan sedikit hint (petunjuk) berhubung kesebelasan utamanya menjelang kunjungan Liverpool ke Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Hanya Roberto Firmino yang dikhabarkan belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan, namun Klopp masih memiliki banyak pilihan seperti Mohamed Salah, Sadio Mane, Luis Diaz dan Diogo Jota sementara Takumi Minamino, Divock Origi, Alex Oxlade-Chamberlain dan Harvey Elliott juga bersedia di bangku simpanan untuk diturunkan pada bila-bila masa.

Pertemuan kali ini dilihat cukup berbeza berbanding dua aksi terdahulu berdepan City sebelum ini apabila Klopp terpaksa melupakan khidmat Virgil van Dijk, Joel Matip, Joe Gomez, Fabinho, Diogo Jota, Thiago Alcantara dan Trent Alexander-Arnold yang terpaksa menonton perlawanan di luar padang gara-gara kecederaan.

"Pengalaman beraksi dalam perlawanan besar seperti ini sememangnya banyak membantu.

"Sudah tentu ia bukan satu-satunya perkara penting yang anda pertimbangkan apabila anda membuat keputusan mengenai kesebelasan utama tetapi ia adalah salah satu daripadanya," jelas Klopp. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram