Menang atau kalah, Nagelsmann terima 450 ugutan bunuh


  • Podium
  • Sabtu, 16 Apr 2022

Nagelsmann akui sering menerima ugutan bunuh terutamanya selepas Bayern Munich tewas.

TERPAKSA berdepan dengan 450 ugutan bunuh hanya kerana gagal membawa pasukan Bayern Munich melepasi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Perkara itu didedahan pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann selepas pasukannya tewas 2-1 secara agregat di tangan Villarreal.

"Saya sedar saya akan dikiritik dari segenap arah dan itu perkara biasa dan saya boleh menanganinya.

"Tetapi dengan 450 ancaman bunuh di Instagram, ia bukan perkara mudah. Jika mereka mahu membunuh saya itu satu hal, tetapi mereka turut mensasarkan ibu saya, yang langsung tidak ambil peduli tentang bola sepak.

"Saya tidak memahaminya. Sebaik mereka menutup televisyen, orang lupa tentang kesopanan. Mereka sering berfikir mereka betul, itu tidak masuk akal," kata Nagelsmann.

Ketika ditanya sama ada dia mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mengancam keselamatan dirinya dan keluarga, Nagelsman berkata perkara itu tidak akan selesai.

"Saya akan menerimanya setiap kali selepas perlawanan, tanpa mengira sama ada kami menang atau kalah.

"Ancaman lebih banyak apabila saya bermain tiga pertahanan berbanding empat, dan makin bertambah apabila kami tewas," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram