Azizan Baba meninggal dunia


  • Podium
  • Selasa, 22 Mac 2022

AZIZAN Baba meninggal dunia pada pagi Selasa.

BEKAS kapten pasukan Penang FA, Azizan Baba dilaporkan meninggal dunia pada pagi Selasa.

Difahamkan, arwah yang bermain posisi penyerang sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat kanser paha kiri yang dihadapinya beberapa tahun lalu sebelum dilaporkan kritikal pada Isnin.

Arwah sebelum ini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka dan telah menjalani beberapa siri pembedahan.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan anak berusia dua tahun sehingga 15 tahun.

Sebagai rekod, Azizan juga pernah mewakili Perak (2002-2005), Kuala Lumpur (2005-2007), Melaka (2007-2008), Johor (2008-2012), Sarawak (2012-2014), Pulau Pinang (2014-2015).

Arwarh disahkan menghidap penyakit itu pada Ogos 2020 disebabkan hamstring selepas bermain bola sepak dalam aksi persahabatan bersama bekas pemain skuad Hang Tuah.

Azizan juga pernah menerima sumbangan dari pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Iskandar sebanyak RM50,000 untuk menampung kos pembedahan penyakit itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram