Perak FC antara kelab terbaru dibantu TMJ


  • Podium
  • Sabtu, 19 Mac 2022

TUNKU Ismail berharap isu tunggakan gaji Perak FC dapat diselesaikan secepat mungkin. — The Star

"SAYA ada bantu Perak. Tiga hari lepas, pihak pengurusan Perak FC ada berjumpa dengan saya," itu kongsi pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail berhubung pandangan mengenai pasukan Perak FC yang mengalami masalah tunggakan gaji.

Memetik dari portal, Makan Bola, Tunku Ismail bertitah bahawa baginda ada memberi sedikit sumbangan dan bantuan untuk membantu Perak FC.

"“Baru-baru ni, saya ada bantu Perak. Tiga hari lepas, pihak pengurusan Perak FC ada berjumpa dengan saya dan saya ada berikan sedikit sumbangan dan bantuan untuk membantu mereka.

"(Jumlah) saya tak boleh beritahu berapa tapi saya ada berikan ‘sikit’ bantuan untuk ringankan beban Perak FC," jelas baginda.

Tambah Tunku Ismail lagi, baginda berharap masalah (tunggakan gaji) pasukan Perak FC berjaya selesaikan secepat mungkin.

Baginda turut memberitahu, sejak berada di industri bola sepak Malaysia, banyak pasukan yang sudah dibantu untuk meringankan beban pasukan berkaitan isu tunggakan gaji namun ianya tidak dihebahkan kepada pihak media.

Antara pasukan yang pernah dibantu ialah Kelantan, Perak, Melaka United, Penang dan Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram