Klopp dedah rahsia kemenangan Liverpool sebelum Kepa tak skor penalti


  • Podium
  • Isnin, 28 Feb 2022

LIVERPOOL menang ke atas Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam final Piala Liga Carabao semalam. — Agensi
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp percaya kemenangan pasukuannya dalam Piala Liga Carabao dalam perlawanan yang dianggap "gila" di Wembley, England adalah milik pasukan.

Liverpool dalam perlawanan itu telah menumpaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti yang cukup dramatik dengan keputusan 11-10 selepas kedua-dua pasukan buntu jaringan gol sepanjang perlawanan yang berlangsung pada Ahad.

Menerusi perlawanan semalam, kedua-dua pasukan berpeluang menjaringkan gol namun dibatalkan oleh pengadil dan ia keputusan yang sangat kontroversi.

"Perlawanan semalam memang dahsyat. Seperti menyaksikan dua ekor singa berlawan antara satu sama lain.

"Memang mereka bermula dengan baik tetapi selepas itu kita berjaya menguasai perlawanan. Chelsea mempunyai dua peluang berharga dan kita berjaya mengawalnya sehinggalah kesemua pemain berada dalam keadaan penat dan sekadar meneruskan permainan hingga ke wisel penamat.

"Tetapi, sesi penentuan kemenangan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan itu adalah saat yang paling mendebarkan dan mengujakan.

"Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan semalam dan lebih bermakna apabila ia adalah atas usaha bersama dalam pasukan," katanya.

Liverpool menggunakan 32 pemain sepanjang aksi Piala Liga Carabao dan jumlah itu sepatutnya lebih kerana Thiago Alcantara terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan ketika memanaskan badan.

Menurut Klopp, dia mengakui berdepan keputusan sukar ketika mahu memilih pemain yang akan diturunkan untuk bertemu Chelsea dalam perlawanan akhir itu.

"Saya akui memng sukar tetapi dalam mesyuarat, saya beritahu kepada semua pemain yang tiada siapa pun akan dilupakan. Setiap pemain mempunyai sumbangan tersendiri termasuklah Tyler Morton yang cedera ringan, Conor Bradley, Owen Beck, Harvey Blair, Elijah Dixon-Bonner yang hanya bermain beberapa minit. Termasuk juga Adrian menyelamatkan kami di Preston.

"Sepanjang perjalanan kami dalam piala ini adalah luar biasa. Tanpa Takumi Minamino dan Divock Origi, tidak mungkin kita akan berada di peringkat akhir.

"Dengan keputusan yang tidak menentu sebelum ini, tiada siapa yang menjangka kami akan menang. Tetapi kami ubah cara permainan dan akhirnya bergelar juara," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram